.

.

Tuesday 30 October 2012

Restoran Halal Di Ermita City, Manila

Hello...
Nak ceta sikit pasal restoran halal dan pagi di Ermita City, Manila ni. Pagi sekitar jam 6 am Ombin keluar mencari makanan dekat2 dng Hotel Tune ni. Lapar uols pagi2 ni coz dah 2 hari tak makan nasi. Makan roti je. Sekali2 tu nak juga makan nasi.

Tune Hotel ni terletak dekat Jalan Mabini. Sekarang gue dekat Mabini Street, Ermita City, Manila, Philippines. Wah siap panjang gitu.

Yang ramai2 tu orang2 Filipina yang nak cari kerja. Bawah Gedisco Centre tu ada satu pusat pengambilan pekerja. Agen pekerjaan la gitu...

1st tu ingatkan ada kemalangan coz ramai sangat manusia berkumpul sekitar tu. Rupa2nya dorang cari kerja.

Sambil2 tu sempat juga ambil gambar depan perpustakaan mereka dekat Ermita City ni.

Ha... sekarang Ombin dah jumpa 1 kedai yang sediakan makanan halal dekat Ermita City ni. Bila interview rupanya pemilik restoran ni berasal dari selatan Filipina. Basilan katanya. Uncle yang duduk atas kerusi kayu tu la pemiliknya.

Sebenarnya uncle ni 1st buka kedai money changer. Anak sulung dia pun buka money changer kat depan sana tak jauh dari kedai uncle ni. Maybe tak berapa laku kot coz kat sekitar lorong ni je banyak sangat kedai money changer.

So uncle ni bahagikan kedai dia kepada 2 bahagian. 1 untuk tukaran wang n sebelah lagi untuk restoran. Restoran? kalau kat Malaysia kira gerai la gitu.

Ni papan tanda restoran uncle tu. Rupanya restoran ni tak jauh dari Tune Hotel yang Ombin duduk. So senang la kesini time lapar. Tak ya jauh2.

Nampak tak si gede ni makan? Ni la ruang kedai nya. Ciput je. Kenalkan, Ombin order 1 nasi, sayur kacang panjang goreng dan ayam goreng atau masyarakat kat sini panggil Manuk Adubo. Tak kesah la yang penting kenyang n halal. Susah tau nak cari makanan halal kat Ermita City. Semua sekali Ombin bayar 70 Peso. So ok la kan. Tak la mahal sangat. Save duit aku.

Akhir sekali, klu korang datang Ermita City ni jangan lupa singgah kedai Uncle ni k...
READ MORE- Restoran Halal Di Ermita City, Manila

Monday 29 October 2012

Sukar Nak Cari Makanan Halal di Angeles City

Hello uols... entry kali ni nak ceta cikit pasal betapa sukarnya nak cari makanan halal dekat Angeles City kat Filipina ni. Kat sini 1 restoran halal pun kamu tak jumpa. Puas cari uols.... Tak tau la pulak kalau ada juga. Tapi yang pasti kami tak jumpa ketika stay kat sini.
Nasib baik la dekat 7Eleven yang berdekatan dng Tune Hotel kat Angeles ni ada jual maggi jenis seperti gambar kat atas tu. Kalau tak, kebulur la jawapnya. Roti kat sini semuanya tak de logo halal.
So Ombin beli dua je. Cukup la kan. 1 makan waktu pagi n 1 lagi makan petang gitu....Rindu je asam pedas dekat Malaysia. Menyesal tak bawa banyak roti dari Malaysia.
READ MORE- Sukar Nak Cari Makanan Halal di Angeles City

Sunday 28 October 2012

Quezon City

Gambar Kenangan Ombin dekat Quezon  MRT Station. Sesak sangat - sangat manusia kat sini. Dalam kesesakan tu sempat juga la Ombin rakam gambar.

Sebenarnya Ombin datang Quezon City ni  Ombin nak cari Restoran Kumaon Kita yang menyediakan makanan halal dari Kepulauan Sulu dekat Jalan Mother Ignacia Street di bangunan Landsle Tower. Tapi sayang nya kami tak jumpa. Mungkin juga restoran tu dah tutup.  Letih sangat2 berjalan time tu.

Dah puas mencari Restoran Kumaon Kita tak jumpa - jumpa. Ombin naik teksi ke SM Megamall dekat kawasan Ortigas. Teksi kat sini guna meter. Ombin bayar 155 Peso.

Yang ni pulak kesesakan dekat Station MRT dia.
 
Metropolitan Manila ni tinggi - tinggi bangunan nya. Bangunan yang nampak unik tu dalam proses pembinaan. Lawa design nya kan?
READ MORE- Quezon City

Friday 26 October 2012

Ikumi Yoshimatsu - Miss International 2012


Tahniah Ikumi Yoshimatsu coz berjaya memenangi gelaran Miss International 2012 yang di adakan di Okinawa, Japan pada 21 Oktober 2012 lepas.

Ikumi berjaya menewaskan 68 wanita canti dari negara2 yg menyertai.
READ MORE- Ikumi Yoshimatsu - Miss International 2012

Silent Hill


Tengah hari tadi Ombin sempat nengok wayang dekat Pelangi Leisure Mall. Cerita Silent Hill ni seram juga la. Katanya filem Silent Hill ni di tayangkan sempena menyemarakkan lagi sembutan hari Halloween.

Nanti tengok k...
READ MORE- Silent Hill

Thursday 25 October 2012

Selamat Tinggal Philippines

Genap la Ombin seminggu travel di Kepulawan Luzon, Filipina. Banyak pengalaman yang Ombin dapat selama kat sana. Dapat melihat kesesakan Metropolitan Manila. Kenal2 dengan budaya masyarakat kat sana. Dapat kawan orang manila. Dapat makan masakan kat sana. Dapat lihat kehidupan masyarakat Manila. Oh... banyak sangat2 pengalaman yang sangat2 berharga. So seronok sangat2 berjalan2 ke tempat orang.

Beberapa negara di Asia Tenggara yang Ombin dah pernah lawati, Manila la antara yang paling besar bandarnya. Pengalaman Ombin di Jakarta, Indonesia dengan kesesakan lautan manusia yang begitu dahsyat tetapi nyata kesesakan di Kota Manila lebih dari itu. MRT dan LRT di Manila sangat2 la sesak. Sampaikan cermin mata Ombin pun pernah patah bingkainya gara2 berebut naik LRT dekat  Pedro Gil Station.

Next entry ombin nak cerita pasal golongan gelandangan dekat Metropolitan Manila.

READ MORE- Selamat Tinggal Philippines

Tuesday 23 October 2012

Victory Liner Bus Terminal, Pasay City

Handsome tak Ombin? ada aku kesah? Tentu korang tengok muka Ombin tenang je kan? Sebenarnya kat sebelah kiri gue tu ada 4 lorong lebuh raya Epifanio de los Santos Avenue atau singkatannya EDSA. Dengan panasnya, bunyi bising hon kenderaan yang bertalu - talu dan habuk berterbangan, sempat juga gue berposing.
Senyum punya senyum, aku dah tak larat nak senyum. Hahahaha...
Ceritanya begini, Sekarang Ombin berada di Terminal Bas Victory Liner yang akan membawa penumpang menuju ke kawasan2 sebelah utara Pulau Luzon seperti yang tertera dekat gambar tu.
Ni la rupa bentuk Terminal dia dekat Pasay City ni. Victory Liner ni ada 4 lagi terminal di Metropolitan Manila. Untuk pengetahuan uols, dekat Manila ni, 1 terminal hanya untuk 1 syarikat bas. Selain daripada syarikat Victory Liner ada juga syarikat seperti Philippines Rabbit, Dagupan, Baliwag Transit, Five Star Bus Line yang kesemuanya menuju ke kawasan2 utara Pulau Luzon.

Kalau di Malaysia, 1 terminal bas memuatkan berpuluh2 syarikat bas di tempat yang sama.Tapi di sini berbeza.
Ni pemandangan pintu masuk utama ke terminal Victory Liner.
Bas yang Ombin naik akan bertolak pada jam 1:30pm. Harga tiket bas yang Ombin beli di kaunter berharga 150 Peso. Ombin daripada Pasay City nak ke Dau Terminal di Angeles City. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam 30 minit dan akan melalui Lebuhraya North Luzon Expressway
( NLEX )

Ombin bermalam di Tune Hotel Angeles City, sebab dari Angeles City dekat nak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal di Clark.

Esok Ombin dah balik Malaysia. Tak sabar nak makan Junai, Asam Pedas, Kilau ikan. Rindu sangat2 kat kereta dan bantal busuk kat umah.
READ MORE- Victory Liner Bus Terminal, Pasay City

SM Mall Of Asia, Pasay City

Entry Ombin kali ini nak cerita sikit pasal SM Mall Of Asia iaitu antara 10 pusat beli belah yang terbesar di dunia. Mana tak besarnya, keluasannya sahaja ialah 148 ekar ( 60 Hektar )
Tengok tu, jauh kan nak berjalan ke arah hujung sana. Kat sebelah sana tu bahagian sebelah kanan dari pintu utama.
Yang ni pulak bahagian sebelah kiri. Kat sebelah kiri bangunan Mall Of Asia ni terletak 1 lagi bangunan besar yang di namakan Mall Of Asia Arena.

Ni tempat parking Jeepney. Jeepney ni sebenarnya merupakan pengangkutan utama kat Manila ni. So kat mana2 kita akan nampak benda alah ni.

Bangunan kat belakang tu la nama nya Mall Of Asia Arena. Pada 24 November 2012 ni  kat sini la di adakan pertandingan Ratu Cantik Earth 2012 atau Miss Earth 2012. Sedih pun ada juga coz tak dapat nengok secara LIVE.
Yang ni pulak parking area dia.


Kat depan SM Mall Of Asia ni ada bulatan Bay Boulevard. Dari jauh lagi anda akan nampak globe tu. Bermakna anda sudah tiba di SM Mall Of Asia.

SM Mall Of Asia ni dibuka secara rasminya pada 2006 dan mempunyai restoran dan bars yang tak terkira banyaknya.

READ MORE- SM Mall Of Asia, Pasay City

Monday 22 October 2012

Guadalupe, Makati City

Petang tadi dalam jam 4:30pm waktu tempatan, Ombin sempat la ambil angin dekat atas Jambatan P. Burgos Street tak jauh dari Tune Hotel Makati yang Ombin duduk. Kat atas jambatan ni kita boleh nampak hampir keseluruhan bangunan pencakar langit di Metropolitan Manila ini yang terdiri daripada 14 buah bandaraya yang telah bercantum membentuk sebuah Metropolitan antara yang terbesar di dunia.

Lupa pulak, sebenarnya kawasan yang ada bangunan dekat sebelah Ombin tu nama dia Guadalupe. Sungai ni adalah Sungai Pasig. Sungai Pasig ni adalah sungai yang terpanjang dekat Manila.


Bangunan tinggi2 yang agak jauh tu kawasan Mandaluyong City. Bangunan2 tinggi dia rapat2 semuanya.
READ MORE- Guadalupe, Makati City

SM Megamall, Ortigas City

Hello... Ombin hari ni naik teksi dari Quezon City ke SM Megamall di kawasan Ortigas City. Bayaran teksi 155 peso. So sempat juga la ambil gambar dekat Shopping Complex yang juga antara  deretan Shopping Complex terbesar di dunia. Letih uols jalan2 kat dalam ni.

Window Shopping je pun..
Ada juga la pegi food court dia, tapi malangnya very the tak halal semuanya. So gue kelaparan la juga coz dari pagi tak sarapan. Cuma minum air milo je buatan Malaysia. Ombin beli coz ada cop halal JAKIM.
READ MORE- SM Megamall, Ortigas City

Sunday 21 October 2012

Makati City

 Hello uols... Gambar ni Ombin ambil dekat TAFT Avenue, MRT Station dekat kawasan Pasay City.
 Bangunan pencakar langit di belakang tu ialah kawasan di Makati City.
Makati City ni adalah pusat perniagaan utama di Metropolitan Manila ni. Deretan 'Hutan Batu' boleh dilihat di sepanjang segi tiga emas Makati Avenue - Ayala Avenue - Paseo de Roxas.
Gambar ni pulak Ombin ambil masa turun dekat Buendia MRT Station iaitu di Jalan Sen. Gil Puyat Avenue semasa nak menuju ke Tune Hotel yang Ombin nak duduk.
 Ombin sempat ambil gambar di salah satu bangunan di Sen Gil Puyat Avenue.
Sekarang Ombin betul2 berada di kawasan segi tiga emas iaitu di Passeo De Roxas. Tune Hotel dah tak jauh dari sini.
My God...Ombin dah sampai Tune Hotel. Dah siap Check In pun. terkangkang kepenatan uols. Tapak kaki sebelah kiri melecet. K la... nak rehat dulu. Petang kang dalam jam 4 pm nak cari restoran halal la pulak.
READ MORE- Makati City

Pasig River

Salam uols... Hari ni gue keluar awal pagi dari hotel semata2 nak ke Pasig River ( Sungai Pasig ) ni. Dah lah jauh lepas tu sepanjang perjalanan pulak Ombin terpaksa menyedut bau hancing. Kadang tu ternampak ketulan najis manusia di tepi2 jalan.

Nak termuntah pun ada uols... Loya Ombin.
Tempat yang Ombin bergambar ni terletak di Jalan Bonifacio Drive, Intramuros lebih kurang 1.2km dari Rizal Park. Sungai tulah Sungai Pasig. Kalau uols perasan kat bawah jambatan ni penuh dengan manusia gelandangan.

Yang funny tu, baru je Ombin sampai sini ada sepasang suami isteri gelandangan tu tengah bergaduh. Ingatkan dah terlepas dari masalah bau hancing dan busuk, timbul pulak masalah gelandangan yang gue tak mampu nak selesaikan.

Tapi, ini semua pengalaman yang paling bermakna dalam hidup ombin ketika di Manila ni. Mungkin pengalaman ni orang lain tak kan dapat.
READ MORE- Pasig River

Saturday 20 October 2012

Rizal Park

 Hello uols... bertemu kembali. Ombin kini berada depan pintu masuk Rizal Park. Jose Rizal ni merupakan pejuang kemerdekaan bagi Filipina dalam tahun 1880.
 Bergambar bersama Datu Ache. Nanti baca k....
 Tausug bayan....

 Yang ni uols adalah Tugu Jose Rizal. Malangnya semua pelawat tak dibenarkan masuk coz ada upacara memperingati pahlawan2 di Rizal Park ini. So ambil kat jarak jauh pun kira ok la yang penting ada kenangan.

 Tu bendera Filipina. Posing sikit.



 Patung yang dekat belakang Ombin ni nama dia Lapu - Lapu. Tentu uols tau juga kan cerita pasal si Lapu - Lapu ni. Nanti boleh tengok dekat sejarah Asia Tenggara.
Setelah penat berjalan, ditambah lagi sedikit kecewa coz tak dapat bergambar depan Tugu Jose Rizal, Kami pun balik hotel. Sebelum tu sempat juga bergambar di Jalan Maria Orosa merintangi Rizal Park.

K la uols... Ombin balik Hotel dulu...
READ MORE- Rizal Park

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...