.

.

Saturday 31 May 2014

Keputusan Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan

Berikut adalah keputusan Rasmi gi Pilihan Raya Kecil P76 Teluk Intan.

Dyana Sofya ( DAP ) = 19,919

Mah Siew Keong ( BN ) = 20,150

Undi Rosak = 550 Undi

Majority = 238 Undi

Keputusan Tak Rasmi.
Makin tipis majority nampaknya...

READ MORE- Keputusan Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan

Tengok Wayang Filem Edge Of Tomorrow

Salam Uols...
Malam tadi Ombin ada tengok filem Edge Of Tomorrow dekat Today Mall Ulu Tiram. Cerita filem ni biasa je. Fisrt tu pening juga dengan jalan ceritanya coz asyik diulang - ulang je.

Apapun nak beri tiga bintang je kat filem ni.
Ni sedikit Sinopsisnya
Leftanan Kol. William "Bill" Cage (Tom Cruise) dan Angkatan Tentera Khas Rita Vrataski (Emily Blunt) diarahkan untuk bekerjasama dalam misi menentang bangsa alien yang dikenali sebagai Mimics.

Mereka terpaksa berlawan dan mati berulang-ulang kali dalam kehidupan realiti dan fantasi. Cage pada awalnya merupakan pegawai yang tidak pernah menerima latihan ketenteraan terjerumus dalam misi bahaya. 

Terperangkap dalam relung masa, dari masa ke semasa skil dan kemahiran menghadapi musuh semakin meningkat. Rita Vrataski telah berjaya membuatkan Cage pandai mengeksplotasi terhadap pertukaran fantasi dan realiti.

Setiap pertemuan kembali berulang sehingga mereka semakin dekat dalam menewaskan musuh.
READ MORE- Tengok Wayang Filem Edge Of Tomorrow

Tuesday 27 May 2014

Tengok Wayang Filem X-Men: Days Of Future Past

Salam...
Beberapa hari lepas Ombin ada tengok wayang dekat Todays Mall Ulu Tiram cerita X-Men. Lambat Update kat blog ni coz kerja.

Filem ni best juga ceritanya, cuma nak beri 3 bintang je la coz aksinya tak la seperti yang Ombin harapkan.

Ni sedikit sinopsisnya
Filem "X-Men: Days Of Future Past ini mengisahkan tentang jalan cerita antara hari ini, di mana X-Men berlawan dengan kuasa jahat Mystique.

Filem yang berkisahkan masa depan serta kegagalan X-Men untuk melindungi ikatan kukuh daripada pembunuhan Senator Robert Kelly. Pada masa hadapan, masa depan bumi ni, Sentinels telah memerintah Amerika Syarikat dan mutan hidup di dalam kurungan.

X-Men memberi amaran awal masa hadapan yang mungkin oleh dikawal oleh versi muda mereka iaitu rakan sepasukan mereka Kitty Pryde, yang berjaya dalam menggembara kembali ke masa lampau.Dia berjaya dalam misinya kembali ke masa depan, tetapi disebalik kejayaannya itu masa depan masih wujud sebagai altenatif daripada masa depan sekarang ini.
READ MORE- Tengok Wayang Filem X-Men: Days Of Future Past

Monday 26 May 2014

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) 2013

Artis Baharu Lelaki Popular
Achey - Bintang Mencari Bintang (BMB)

Artis Komedi Wanita Popular
Jihan Musa - Raja Lawak

Artis Duo Berkumpulan Popular
Stacy dan Akim Ahmad

Pengacara TV Lelaki Popular
Dato AC Mizal

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana - Hot FM

Artis Baharu Wanita Popular
Zara Zya

Pengacara TV Wanita Popular
Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular
Johan Raja Lawak

Pelakon TV Wanita Popular
Siti Saleha

Pelakon Lelaki Komedi Popular
Jep Sepahtu

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rahim Razali

Penyanyi Wanita Popular
Stacy AF

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz AF

Pelakon Filem Wanita Popular
Siti Saleja

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
Aaron Aziz
READ MORE- Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) 2013

Parti DAP Menang Perlimen P51 Bukit Gelugor

DAP mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gelugor selepas calonnya, Ramkarpal Singh memenangi pilihan raya kecil itu hari ini.

Bagaimanapun, majoriti undi merosot kepada 37,659 undi berbanding 42,706 undi yang dimenangi mendiang bapanya, Karpal Singh, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Ramkarpal meraih 41,242 undi manakala calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi.

Selain Huan, dua calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad turut hilang wang deposit selepas masing-masing hanya meraih 799 undi dan 225 undi.

Hanya 46,099 pengundi atau 56.04 peratus daripada keseluruhan 82,283 pemilih berdaftar keluar mengundi.
BH
READ MORE- Parti DAP Menang Perlimen P51 Bukit Gelugor

Sunday 11 May 2014

Happy Mother's Day...

Salam sayang buat semua pembaca blog ku yang tak best ini. Terima kasih kerana selalu meluangkan masa anda dengan blog ini.

Hari ini 11 May 2014, gue mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu - ibu di seluruh dunia. Untuk my mom, Selamat Hari Ibu. Semoga panjang umur dan sentiasa diberikan kesehatan dalam meneruskan hidup bersama anak - anak serta cucu cicit mak.

Kami semua sayangkan mak...

READ MORE- Happy Mother's Day...

Monday 5 May 2014

Tengok Wayang Filem The Amazing Spider-Man 2

Salam uols...
Semalam Ombin ada tengok wayang dekat Ulu Tiram Mall. Best sangat2 filem The Amazing Spider-Man 2 ni. Menarik ditonton.
Na, ni sedikit sinopsisnya buat uals ...
Kehidupan Peter Parker (Andrew Garfield) kini semakin sibuk dengan menepis sangkaan Spider-Man sebagai lelaki jahat dan masa bersama kekasihnya, Gwen (Emma Stone).

Peter tidak pernah lupa janjinya kepada ayah Gwen untuk melindungi Gwen dengan menjauhkan diri namun dia tidak boleh memenuhi janji tersebut.

Keadaan akan berubah untuk Peter setelah penjahat, Electro (Jamie Foxx) muncul dan kawan lamanya, Harry Osborn (Dane DeHaan) kembali. Peter cuba membongkar petunjuk tentang masa silamnya.
READ MORE- Tengok Wayang Filem The Amazing Spider-Man 2

Thursday 1 May 2014

Tengok Wayang Filem Brick Mansions

Salam pagi buat semua,
Ombin nak ucapkan selamat bercuti sempena Hari Pekerja hari ini. Semalam Ombin tengok wayang filem Brick Mansions penampilan terakhir actor kacak Paul Walker sebelum maut akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. 
Ni Sedikit Sinopsisnya
Sebuah filem versi baru daripada filem aksi Perancis "District 13" arahan Camille Delamarre mengisahkan kumpulan ghetto paling teruk iaitu Brick Mansions. 

Dikawal oleh ketua jenayah tidak berperikemanusiaan, seorang pemuda nekad untuk menjatuhkannya. Apabila ketua jenayah tersebut membalas dengan menculik kakaknya, pemuda tersebut cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana dikhianati sehingga menyebabkannya dipenjarakan. 

Enam bulan kemudian, seorang polis samaran bernama Damien diberi satu misi penting. Satu bom neutron yang mempunyai fungsi masa automatik dan akan meletup kurang daripada 24 jam telah dicuri oleh ketua jenayah tersebut.

 Oleh kerana masa yang suntuk, Damien dan pemuda tersebut perlu bekerjasama bagi menghentikan bom tersebut.

Selamat Menonton...
READ MORE- Tengok Wayang Filem Brick Mansions

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...