.

.

Saturday 28 June 2014

Salam Ramadhan 29 Jun 2014

Salam semuanya...
Cepat betul masa berlalu. Ombin mengucapkan selamat berpuas kepada umat islam di seluruh dunia khasnya masyarakat muslim di Malaysia.

Dikesempatan ini Ombin ingin meminta maaf andai ada perlakuan atau entry - entry yang menyentu perasaan atau kurang disenangi anda. Maafkan ok... Setiap manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan.

Moga amalan - amalan kita sempena bulan ramadhan tahun ni berjalan dengan baik. Sama - samalah kita menjaganya dari melakukan sesuatu perkara yang tak bermanfaat.

# Esok 29 Jun 2014 bermulanya puasa. Sedih... Rindukan family di kampung.
READ MORE- Salam Ramadhan 29 Jun 2014

Saturday 14 June 2014

Bestnya Dapat Melancong Ke 4 Negara Tahun ini

Salam semuanya. Tengah layan video Miss Universe 2011 dekat ruang tamu tadi tetiba teringat pula kat Kampung. Tak lama lagi da puasa. Rindu kat mak di kampung.

Teringin juga balik kampung raya puasa ni tapi disebabkan ombin dah booking awal tiket untuk melancong ke 4 buah negara. So postpone dulu la untuk balik raya puasa pada tahun ni. Tapi pada 1 Oktober 2014 ni ombin akan balik kampung kebetulan time tu dah raya haji. Dapat juga la beraya dengan mak bersama saudara yang lain.

Bercerita tentang pengembaraan ombin ke 4 negara pada tahun ni, memang sangat2 teruja. Kalau sebelum ni pada march dan april ombin mengambara di negara china selama hampir sebulan. Kali ni pula ombin akan ambil masa lebih 10 hari je untuk menjelajah 4 buah negara ni. Lagi pun dekat je and ombin akan lawati tempat2 tertentu je.

Untuk kali ni. Ombin akan sampai terlebih dahulu ke Bangkok, Thailand. Duduk dekat Bangkok dalam 2 ke 3 hari gitu dan barulah bertolak ke Vientiane, Negara Laos. Kemudian Ombin akan meneruskan perjalanan ke Siem Reap, Kemboja. Tengok2 Angkor Wat la gitu uols.

Dari Siem Reap Ombin akan meneruskan perjalanan ke Phnom panh ibu negara Kemboja dan stay beberapa hari kat situ.

Last sekali Ombin akan bergerak ke Ho Chi Minh, Vietnam. Seronok2 kejap kat situ dan baru la fly balik Malaysia.

So aku pun mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar pengembaraan pada tahun ini. Amin...

 Malaysia - Thailand - Laos - Kemboja - Vietnam- Malaysia




















READ MORE- Bestnya Dapat Melancong Ke 4 Negara Tahun ini

Pagi Spain Vs Netherlands

Salam, wah pepagi buta ni ombin terbangun coz panas berpeluh time terjaga dari lena. Biasalah rumah tak beraircond, panas hanya pakai kipas je.

Minum air suam dulu baru mandi. Bukan mandi la just basah - basahkan badan supaya berkurang sedikit panasnya.

1:05 pagi ni ingatkan nak tengok World Cup perlawanan antara Spain dan Netherlands. Tapi lambat lagi nok, 2:30am baru start so sementara menunggu time tu ombin tulis entry blog ni.

Oh ya, tahniah ombin ucapkan kepada pasukan JDT kerana berjaya mengalahkan pasukan Terengganu 4 - 3 dalam perlawanan malam tadi. Liga Super.

Bercakap mengenai World Cup tahun ni, Ombin menyokong dua pasukan. Pilihan pertama ombin Brazil dan kedua Spain. Tak kisah la nok. Masing2 ada pilihan sendiri. Korang pilih pasukan mana?

Ok la uols... Selamat Malam. Dan pada yang nak tengok Spain Vs Belanda tu selamat menonton pesukan kegemaran anda beraksi. Jangan gaduh2 tau. Klu nak jerit sokongan pun berpada padalah k.... Sian anak2 kecil yg tengah tido tu.

K bye...

Keputusan perlawanan semalam antara Spain vs Netherlands. Netherlands menang coz berjaya menundukkan Spain 5 - 1















READ MORE- Pagi Spain Vs Netherlands

Friday 13 June 2014

13 June 2014

Salam semuanya. Macam biasa la ombin makan dekat luar je. Dekat Restoran Cuba Rasa Tomyam.

Ombin order nasi paprik dan teh o limau ais. Siap tengok bola uols. JDT Vs Terengganu. Wow... JDT dah jaringkan gol yg ke 2.
Keputusan 2 - 0

Sung kanggugun in ma tausug haraig sin meja namu ini. Nag ah alup ka upat sila hambuuk meja nag miting. Naka subra isab in hibuk nag story sin pasal MH370. Laung mu ma wartawan. Nag kansang nag lugat ampa in suara diudungug pa hansipak hula. Nag luluput na kataan. Aku na in mag luman ha ma kabagayan ku iban sin hapangdaig sin meja namu.

Murah je kami bayar setelah selesai makan tadi. Cuma RM12.50 je.





READ MORE- 13 June 2014

Sunday 8 June 2014

Tengok Wayang Filem Maleficent

Salam, berapa hari yang lepas Ombin ada tengok wayang Filem Maleficent lakonan hebat Angelina Jolie. Cerita fantasi gitu. Tepi memang seronok tengok filem ni. Santai je...

Ni sedikit sinopsisnya
Diceritakan dari perspektif puteri jahat, Maleficent. Kisah dongeng seram ini menyingkap kisah sebenar dongeng seram Maleficent dan apakah yang menyebabkan dia menyumpah Puteri Aurora dalam animasi klasik "Sleeping Beauty".

Maleficent terdesak untuk menjadi dayang kepada semua bidadari. Walaubagaimanapun, adakah jalan kejahatan yang dilakukannya akan membawa kejayaan?
READ MORE- Tengok Wayang Filem Maleficent

Tuesday 3 June 2014

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Gadis 10 Kali

Sekadar Gambar Hiasan

Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 35 tahun selepas dia ‘mendedahkan’ dirinya di depan seorang remaja sekolah di tepi jalan di wad Edogawa, Sabtu lalu.

Menurut jurucakap polis, Akira Imazu dituduh melakukan perbuatan keji depan khalayak umum.

Stesen televisyen Asahi melaporkan kira-kira jam 8 pagi 21 Mei, Imazu mendedahkan dirinya di hadapan seorang remaja perempuan yang menunggang basikal ke sekolah.

Polis berkata, pekerja industri perkhidmatan makanan dan minuman itu membuat lubang di celah kelangkang seluarnya sebelum keluar melakukan perkara itu.

“Saya memang sentiasa seronok mendedahkan bahagian itu kepada remaja perempuan. Saya melakukannya selama 10 kali tahun ini seorang diri,” katanya ketika ditahan polis. - Agensi
READ MORE- Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Gadis 10 Kali

Sunday 1 June 2014

May Myat Noe Ratu Cantik Myanmar Menang Miss Asia Pacific 2014

May Myat Noe 18 tahun dari Yangon, Myanmar berjaya memenangi gelaran Miss Asia Pacific 2014 yang berlangsung semalam 31 May 2014 di Soul, Korea.

Seramai 38 wanita cantik mengambil bahagian dan hanya 15 peserta yang diserap masuk ke pusingan semi final.

Selain May Myat Noe, ratu Korea, Kim Eea menduduki tempat kedua dan ratu dari Macau, Hio Man Cha pula di tempat yang ketiga. Hillarie Danielle Parungao, ratu Filipina ditempat ke empat manakala ratu India, Anukriti Gusain hanya mampu di tempat ke lima setelah dua wakil dari negara itu berjaya memenangi gelaran Miss Asia Pacific World untuk 2 tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2012 dan 2013.

Turut menduduki tempat ke enam wakil dari Singapura, Pooja Gill yang juga bekas peserta Asia Next Top Model musim kedua. Manakala ratu Thailand, Nisanat Mongsai hanya mampu di tempat ke tujuh.


READ MORE- May Myat Noe Ratu Cantik Myanmar Menang Miss Asia Pacific 2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...