.

.

Sunday 30 November 2014

Ratu Filipina, Jamie Herrell Menang Miss Earth 2014

Jamie Herrell berusia 19 tahun dengan memiliki ketinggian 5'7" telah berjaya memenangi pertandingan kecantikan dunia iaitu Miss Earth 2014 yanag berlangsung malam tadi di University of the Philippines Theater, Diliman, Quezon City.

Gadis kelahiran Los Angeles, California, U.S. ini berjaya menewaskan 84 peserta dari seluruh dunia dan di tempat kedua iaitu peserta dari USA, Andrea Neu yang mana sebelum ini pernah menyertai Miss International 2013 di Japan.

Di tempat ke tiga peserta dari Venezuela, Maira Alexandra Rodríguez dan  Anastasia Trusova ratu cantik negara Russia berjaya di tempat ke empat.

Manakala ratu Mongolia, Tugsuu Idersaikhan berjaya melayakkan diri di kelompok lapan bersama Letícia Silva peserta dari Brazil, Daria Frabici dari Slovak Republic dan Zaira Bas dari Spain.

Peserta yang berjaya layak ke Semi-final pula adalah Alejandra Villafañe Osorio dari Colombia, Nancy Magdy dari Egypt, Sumin Shin dari Korea Selatan, Yareli Carillo dari Mexico dan Romy McCahill dari Scotland.

Selain itu, Hereata Ellard dari Tahiti, Sasi Sintawee ratu Thailand dan Cartier Zagorski dari negara Zambia turut berjaya melayakkan diri di peringkat semi final atau Top 16.

Kemanangan Jamie semalam merupakan kemanangan kali yang ke dua buat negara Filipina dalam pertandingan Miss Earth sejak mula dipertandingkan pada tahun 2001. Pada tahun 2008, Ratu Filipina, Karla Henry memenangi pertandingan ini.
















READ MORE- Ratu Filipina, Jamie Herrell Menang Miss Earth 2014

Saturday 1 November 2014

JDT Vs Pahang - Piala FA Akhir

Salam buat semua. Lama juga rasanya Ombin tak buat entry terbaru. Biasalah kerja. Pejam buka selak tutup akhirnya bulan Oktober dah meninggalkan kita. Lembaran baru di bulan November pula kini.

Hari ini 1 November 2014 Ombin buat entry tentang perlawanan bola sepak akhir antara Johor Darul Takzim atau JDT dengan Pahang bagi merebut Piala FA.

Sebelumnya, nak ucapkan tahniah kepada kedua pasukan sebab berjaya sampai ke final. Apa pun keputusannya malam ini di Stadium Putra Bukit Jalil, Harap kita semua menerimanya. Adat bertanding. Ada yang menang dan ada yang kalah.

# Malam ni Ombin sokong JDT.
Luaskan Kuasamu.......
READ MORE- JDT Vs Pahang - Piala FA Akhir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...