.

.

Friday 25 December 2015

Jom kenali Pia Wurtzbach

Pemilik nama Pia Wurtzbach atau nama penuhnya Pia Alonzo Wurtzbach berdarah kecukan Pilipina dan German ini dilahirkan pada 24 september1989 di Stuttgart, Baden Württemberg, Germany dan kemudian berpindah seterusnya menetap di Cagayan de Oro, Misamis Oriental, Pilipina.

Ia lulusan ABS-CBN Distance Learning School di Quezon City dan juga Culinary Arts di Center for Asian Culinary Studies, San Juan, Metro Manila.

Dalam pertandingan kecantikan di Pilipina, Pia pernah mengikuti Binibining Pilipinas sebanyak tiga kali. Kali pertama beliau menyertai pada tahun 2013 di mana beliau hanya berjaya mendapat First Runner-up di mana Ariella Arida memenangi pertandingan tersebut.


Pada tahun 2014, sekali lagi Pia menyertai Binibining Pilipinas dan apa yang di harapkan oleh seluruh peminat Pia untuk beliau memenangi pertandingan tersebut akhirnya tidak kesampaian apabila beliau hanya berjaya melayakkan diri dalam Top 15. Gadis cantik dari Cotabato, Mary Jean Lastimosa berjaya memenangi pertandingan tersebut.

Dan sehinggalah  tahun 2015 di mana Pia masih tidak patah semangat untuk mengejar impiannya dan akhirnya pada 15 March 2015 menjadi tarikh keramat buat Pia apabila berjaya memenangi gelaran utama dalam Binibining Pilipinas iaitu Binibining Pilipinas Universe 2015. Dengan kemenangan ini, Pia akan mewakili negaranya dalam saingan Miss Universe 2015.

Pada 20 Desember 2015 menjadi detik paling bersejarah dalam hidup Pia apabila beliau diumumkan sebagai pemenang Miss Universe 2015. Pada awalnya, Steve Harvey sebagai pengacara pada pertandingan tersebut tersalah mengumumkan pemenang di mana beliau mengumumkan Ariadna Gutiérrez dari negara Colombia sebagai pemenang. Dan sehinggalah pada minit akhir ke lima di mana Stevme Harvey sekali lagi tampin sambil mengatakan bahawa berlaku kesilapan dalam pengumuman pemenang. Belia akhirnya menyebut bahawa pemenang sebenar Miss Universe 2015 adalah milik Ratu Pilipina.

Dengan Kemenangan Pia ini, negara Pilipina telah berjaya memenangi gelaran Miss Universe sebanyak tiga kali dimana pada tahun 1969 di mana Gloria Diaz berjaya memenangi pertandingan itu dan pada tahun 1973
Margarita Moran memenangi gelaran ini.

 





READ MORE- Jom kenali Pia Wurtzbach

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...