.

.

Friday, 4 January 2013

Thailand Lancar TV Berbahasa Melayu

Kerajaan Thailand semalam telah melancarkan saluran televisyen berbahasa Melayu pertama dalam usaha mendekati audien di kawasan selatan yang majoritinya penduduk beragama Islam.

Penyelia projek, Chamroon Den-udom menyatakan bahawa saluran baharu itu akan meningkatkan persefahaman di antara penganut Islam dan Buddha di negara ini.

Pada peringkat awal, stesen televisyen yang diberi nama TV Melayu itu hanya menawarkan program berita selama setengah jam setiap hari sebelum menyiarkan rancangan televisyen 24 jam sehari bermula tahun depan.

Penganut Islam di Thailand terutama di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat menyatakan mereka sering dilayan sebagai warga kelas kedua oleh pihak berkuasa Thai yang kebanyakannya beragama Buddha.

Sejak pemberontakan meletus pada 2004, lebih 5,000 orang telah terbunuh untuk menuntut satu wilayah Islam yang merdeka.

# Na marayau pa san bat da man kita maka hati when aun  timeta maka kadtu pa Bangkok.
READ MORE- Thailand Lancar TV Berbahasa Melayu

Thursday, 3 January 2013

Hadiah kahwin RM500 juta

Seorang jutawan China menghadiahkan pelbagai barangan berharga bernilai RM500 juta, termasuk empat kotak barang kemas, dua kereta mewah, saham dan beberapa rumah sempena perkahwinan anak perempuannya.

Media melaporkan, Pengerusi Kumpulan Fujian Wanli, Wu Duanbiao, juga bermurah hati memberikan anaknya akaun bank dengan simpanan bernilai RM10 juta serta pelbagai rumah mewah. Gambar hadiah perkahwinan itu dimuat naik di Internet mulai kelmarin selepas majlis penuh meriah selama lapan hari itu berakhir.

Majlis itu diadakan di bandar Cizao, Jinjiang, Fujian. Wu - pemilik syarikat pengeluar seramik - turut menganugerahkan menantunya pemilikan sebuah rangkaian kedai runcit di Quanzhou, vila mewah serta rumah agam Wanda.

Tidak cukup dengan itu, menantu Wu memperoleh 500 juta saham dalam syarikat Fujian Wanli dengan nilai lebih RM50 juta dan masing-masing sebuah kereta Porsche serta Mercedes yang dihiasi reben merah.

Kegembiraan perkahwinan itu turut dikongsi dua pertubuhan kebajikan tempatan yang menerima derma bernilai RM7.5 juta.

Nilai kekayaan sebenar Wu, 54, tidak diketahui dan rekod syarikatnya menunjukkan dia hanya menerima gaji sebanyak RM60,000 tahun lalu. Sementara itu, isteri Wu menggambarkan menantu mereka sebagai ‘pemuda yang hebat’.

Sebagai ibu bapa, kata isteri Wu, dia dan suaminya mahukan anak mereka hidup dengan stabil berbanding diri mereka sebagai ahli perniagaan. Ketika ini, menurut laporan media tempatan, pasangan pengantin baru itu mempunyai jawatan dalam lembaga pengarah syarikat Wu.

Mereka juga dilaporkan merancang penyenaraian saham syarikat itu di bursa Korea Selatan. Menantu Wu - hanya dikenali sebagai Xu - adalah kakitangan kerajaan dan mengenali kekasihnya sejak zaman kanak-kanak.

Jurucakap Wu mengesahkan pemberian hadiah berkenaan, tetapi menafikan pesta meraikannya berlangsung selama lapan hari.

“Wu suka melakukan sesuatu secara sederhana,” katanya. Berdasarkan maklumat di Internet, jamuan perkahwinan anak Wu itu bermula pada 28 Disember dan berlangsung selama lapan hari bagi meraikan tetamu yang ramai.

Memberi hadiah mahal memang menjadi tradisi perkahwinan di Fujian, terutama di kawasan Jinjiang dan Shishi.

# Mag tui kita mag karayahan bang isab bihayan. 
READ MORE- Hadiah kahwin RM500 juta

Minum Butung

Nak di jadikan cerita, hari ni lepas balik dari giant Plentong, gue  singah jap dekat beli Kelapa Bakar dekat tepi jalan ni. ( Jalan Masai Lama )

Suka dengan kelapa bakar ni coz katanya banyak khasiat. Macam2 juga penyakit yang boleh dikawal & diubati. Kat gerai ni kelapa biasa cuma RM2.50 & RM3 untuk kelapa bakar.

So klu ada free singah2 la dekat gerai makcik ni k...  Isut pa isab maka dihil rezeki kanila.

Siap naik motor hari ni. Panas...
READ MORE- Minum Butung

Wednesday, 2 January 2013

Ratu Cantik Filipina Menang Miss Tourism International 2012

Rizzini Alexis Gomez ratu Filipina menang gelaran Miss Tourism International 2012 yang berlangsung semalam 31/12/2012 di Kuala Lumpur.

Rizzini Alexis Gomez wanita cantik Filipina yang kedua  yang memenangi pertandingan kecantikan itu selepas Maria Esperanza Manzano pada tahun 2000.

Sementara itu, Monika Rodulovic wakil Australia menduduki tempat kedua dan tempat ketiga milik Marielis Alejandra Castellanos Perez dari negara Venezuela.

Wakil Malaysia, Jun Yong Wan Jun turut berjaya ditempat kelima di belakang wakil Paraguay di tempat ke empat.

Tahniah kepada pemenang Miss Tourism International 2012
READ MORE- Ratu Cantik Filipina Menang Miss Tourism International 2012

Tuesday, 1 January 2013

Rambut dah mula panjang

Dah masuk 3 minggu botak kan kepala. Sampai hari ni 1 Januari 2013 dah tumbuh dengan baik rambut gue. So lepas ni dah tak ya lagi pakai topi.

K la... nak pegi makan dulu dekat restoran area Jalan Suria, Bandar Seri Alam ni.


Dah sampai pun pesanan tadi. Makan mee goreng + ayam. Dan... macam biasa la... Ais Limau.


Jemput makan uols...
READ MORE- Rambut dah mula panjang

Selamat Tahun Baru 2013

Mahapun sadlup suga'
Nanggannal isa - isa
Tium - tum in pag lasa
Sin naka una.
READ MORE- Selamat Tahun Baru 2013

Happy New Year 2013

 
Kuala Lumpur
 
Bangkok, Thailand

Ombin ucapkan selamat tahun baru buat kalian. Moga tahun 2013 ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Rezeki akan lebih murah.

So bercakap pasal azam untuk tahun 2013 ni, macam biasalah semua orang ada azam masing - masing.

Apa pun azam kita, kena selari dengan usaha kita sendiri. Then berdoa pada Tuhan....

K la uols... Ombin nak bank in duit dulu untuk mak Ombin kat kampung.
READ MORE- Happy New Year 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...