.

.

Friday 25 December 2015

Jom kenali Pia Wurtzbach

Pemilik nama Pia Wurtzbach atau nama penuhnya Pia Alonzo Wurtzbach berdarah kecukan Pilipina dan German ini dilahirkan pada 24 september1989 di Stuttgart, Baden Württemberg, Germany dan kemudian berpindah seterusnya menetap di Cagayan de Oro, Misamis Oriental, Pilipina.

Ia lulusan ABS-CBN Distance Learning School di Quezon City dan juga Culinary Arts di Center for Asian Culinary Studies, San Juan, Metro Manila.

Dalam pertandingan kecantikan di Pilipina, Pia pernah mengikuti Binibining Pilipinas sebanyak tiga kali. Kali pertama beliau menyertai pada tahun 2013 di mana beliau hanya berjaya mendapat First Runner-up di mana Ariella Arida memenangi pertandingan tersebut.


Pada tahun 2014, sekali lagi Pia menyertai Binibining Pilipinas dan apa yang di harapkan oleh seluruh peminat Pia untuk beliau memenangi pertandingan tersebut akhirnya tidak kesampaian apabila beliau hanya berjaya melayakkan diri dalam Top 15. Gadis cantik dari Cotabato, Mary Jean Lastimosa berjaya memenangi pertandingan tersebut.

Dan sehinggalah  tahun 2015 di mana Pia masih tidak patah semangat untuk mengejar impiannya dan akhirnya pada 15 March 2015 menjadi tarikh keramat buat Pia apabila berjaya memenangi gelaran utama dalam Binibining Pilipinas iaitu Binibining Pilipinas Universe 2015. Dengan kemenangan ini, Pia akan mewakili negaranya dalam saingan Miss Universe 2015.

Pada 20 Desember 2015 menjadi detik paling bersejarah dalam hidup Pia apabila beliau diumumkan sebagai pemenang Miss Universe 2015. Pada awalnya, Steve Harvey sebagai pengacara pada pertandingan tersebut tersalah mengumumkan pemenang di mana beliau mengumumkan Ariadna Gutiérrez dari negara Colombia sebagai pemenang. Dan sehinggalah pada minit akhir ke lima di mana Stevme Harvey sekali lagi tampin sambil mengatakan bahawa berlaku kesilapan dalam pengumuman pemenang. Belia akhirnya menyebut bahawa pemenang sebenar Miss Universe 2015 adalah milik Ratu Pilipina.

Dengan Kemenangan Pia ini, negara Pilipina telah berjaya memenangi gelaran Miss Universe sebanyak tiga kali dimana pada tahun 1969 di mana Gloria Diaz berjaya memenangi pertandingan itu dan pada tahun 1973
Margarita Moran memenangi gelaran ini.

 





READ MORE- Jom kenali Pia Wurtzbach

Saturday 14 November 2015

Saya Dirogol 43,200 Kali

MEXICO CITY - MEXICO. Seorang wanita mendakwa dirogol oleh 30 lelaki sehari selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Karla Jacinto, 23 berkata, 43,200 kali adalah anggaran kasar beliau dirogol dalam tempoh empat tahun.

Laporan CNN mengatakan zaman gelap Karla bermula ketika beliau berusia 12 tahun.

Menurut Karla, beliau berkenalan dengan seorang lelaki berumur 22 tahun dan mula berkongsi nombor telefon.

Mereka kemudian 'bercinta' dan pada satu hari, Karla mengikut lelaki tersebut untuk hidup bersama.

"Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Beliau melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah," kata Karla.

Tidak lama kemudian, Karla diperkenalkan kepada 'bapa ayam' sebelum teman lelakinya menghilangkan diri.

Karla kemudian dipaksa bekerja sebagai pelacur di Guadalajara, salah sebuah bandar tersbesar di Mexico.

Ketika berusia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi tersebut diambil oleh bapa ayam sebagai cagaran jika Karla melarikan diri.
Karla akhirnya diselamatkan semasa operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008 ketika berusia 16 tahun.

Beliau kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.

Karla berkata, sifat masyarakat yang 'tidak berbuat apa-apa' akan menyebabkan ramai lagi kanak-kanak diculik dan dirogol beribu-ribu kali.

"Kanak-kanak yang masih kecil diculik, diumpan dan dirampas dari keluarga mereka.

"Jangan dengar cakap saya sahaja. Anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya dan mula membuka mata," tegas Karla.

READ MORE- Saya Dirogol 43,200 Kali

Sunday 8 November 2015

Edymar Martínez

Edymar Martínez lahir pada 10 julai 1995 di Puerto La Cruz, Anzoátegui, Venezuela. Edymar menyertai pertandingan Miss Venezuela di negaranya sendiri pada 9 oktober 2014. Dalam pertandingan tersebut Edymar berjaya memenangi di tempat ke dua yang membolehkan beliau mewakili negaranya dalam saingan Miss International 2015.

Pada 5 november 2015 tadi Edymar berjaya memenangi gelaran Miss International 2015 sekaligus memenangi Miss Perfect Body. Dengan kejayaan Edymar ini, Negara Venezuela telah tujuh kali memenangi gelaran Miss International sejak diadakan pada 1960.
READ MORE- Edymar Martínez

Saturday 31 October 2015

Haigad Sin Buhangin - Lan ( MansBoyGroup )

Amun ini kalangan katagihan ku. Mag sukul ha tag kalangan ini. Lan idol takau.
READ MORE- Haigad Sin Buhangin - Lan ( MansBoyGroup )

Sunday 25 October 2015

Anea Garcia Menang Miss Grand International 2015

Anea Garcia dari negara Dominican Republik berjaya memenangi gelaran Miss Grand International yang berlangsung sebentar tadi di thailand pada 25 October 2015.
READ MORE- Anea Garcia Menang Miss Grand International 2015

Thursday 10 September 2015

Gembira Sangat...

Salam guys.... Hari ni Ombin gembira sangat - sangat sebab 14 hari bulan ni Ombin dah balik kampung. Rindu rasanya dengan Mak, ada keluarga semuanya.

Yg seronoknya kali ni Ombin sengaja tak beritahu dorang semua kat kampung bila tarikhnya penerbangan ombin. Biar diorang terkejut tengok Ombin tiba - tiba je dah ada kat umah. Deronok kau.....


READ MORE- Gembira Sangat...

Friday 21 August 2015

Raya Haji Tahun Ni Dapat Balik Kampung

Salam guys....
wah terharu dan sedih akhirnya tahun ni Ombin boleh balik kampung dan dapat beraya bersama keluarga tersayang. Dah lebih setahun tak balik kampung. Last balik kampung pada raya haji juga tahun lepas.

OMG.... Macam tak percaya dapat balik. Tak sabar jumpa semua. Untuk pengetahuan uols, Ombin da booking tiket airasia kejap tadi. Harga termasuk semua barang segala bagai RM174.58. Beli 15kg untuk barang.

Happy gila. Satu lagi, kali ni macam biasa Ombin tak getau seorang pun yang Ombin akan balik kampung. Biar buat kejutan sedikit. Huhuhu.... Bestnya dapat gurau - gurau dengan mak.

Ok la guys, setakat kat sini je entry Ombin kali ni. Moga selamat semuanya.
READ MORE- Raya Haji Tahun Ni Dapat Balik Kampung

Sunday 16 August 2015

Jom Basuh Kereta

Hai guys...
Entry kali ni sekadar suka2 je. Boring kat uma ni sorang2 sambil tengok Channel News Asia tv Singapore. Saja je nak cerita pagi tadi Ombin pegi basuh kereta dekat kedai cuci kereta area Kipmart Masai.

Kedai cuci kereta ni diusahakan oleh satu keluarga cina. Dorang semua tolong menolong tak kira lelaki perempuan terlibat sama dan memainkan peranan masing2. Seronok pulak tengok dorang buat kerja. Yang anak daranya pun turut cuci kereta.

Bayaran yang dikenakkan cuma RM10 je.

Kedai ni besebelahan dengan Restoran Ahmad Khan dan berhadapan dengan kedai Yokohama.
READ MORE- Jom Basuh Kereta

Sunday 26 July 2015

Raya Pertama 17 July 2015

Salam guys...
entry kali ni saja je Ombin masukkan gambar2 yang sempat dirakan time raya pertama pada 17 julai 2015. Time ni kami beraya di rumah kawan dekat area Tasek 64, Seri Alam.


Selamat Hari Raya Aidilfitri guys..... Maaf zahir dan batin dari kami...
READ MORE- Raya Pertama 17 July 2015

Friday 24 July 2015

Jalan2 di Singapore pada Raya ke 3



Salam guys....
Saja je nak cerita sebagai catatan biasa dalam blog ni. Pada 19 July 2015 tadi Ombin pergi jalan2 dekat Singapore.

Jalan2 sambil beriadah la gitu. Sebab kami jalan2 area Mount Faber di mana ia adalah puncak ke 2  tertinggi di Kota Singa ni selepas Bukit Timah. Ketinggian dia sekitar 100 meter gitu.
READ MORE- Jalan2 di Singapore pada Raya ke 3

Friday 17 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Salam semuanya.... Akhirnya hari ni kita sambut Hari Raya Aidilfitri di tahun ini. 17 july 2015 kebetulan jatuh pada hari jumaat. Nice sangat2.

Macam biasa la kehidupan sebagai seorang perantau dah memang macam ni. Beraya seorang2 tanpa family. Nasib baik ada kawan2 yang baik dan memahami. Time kita rasa sedih dan rendah diri mereka ada sebagai peneman dalam kita menghadapi berbagai masalah yang datang mahupun cabaran.

Contohnya hari ni 17 july sambut raya seorang sorang je. Pergi masjid seorang. Menangis seorang malah makan maggi je kat rumah seorang. Tak de siapa pun yang sudih menemani. Tahu mungkin dorang busy. Nasib baik Ombin ada kawan2 yang baik. Dorang la yang bawa Ombin berjalan dan beraya dari rumah kawan ke rumah kawan yang lain.

Ok la cukup la kat situ... dan di kesempatan ini Ombin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin jika selama ini pernah ada tulisan2 ombin yang kurang sedap di dengar mahupun membuat hati korang terguris. Mohon di maafkan ok.... Ombin pun manusia biasa yang tak kan lari membuat kesilapan.




READ MORE- Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Friday 10 July 2015

Birthday Ombin yang ke - 31

Salam you all...
Dikesempatan ini Ombin ucapkan terima kasih kerana masih setia atau berminat membaca catatan - catatan Ombin yang tak seberapa ini.

Syukur sesangat coz Tuhan masih memberi kehidupan dan berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 31 tahun. Thanks you God.

Semalam Ombin dapat banyak ucapan happy birthday  dari kawan - kawan dalam Facebook. Terima kasih banyak2 dan terharu sangat.

Di kesempatan ini juga Ombin ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat muslim terutama masyarakat Malaysia.
READ MORE- Birthday Ombin yang ke - 31

Tuesday 7 July 2015

Miss World Muslimah 2011 - 2015

Miss World Muslimah 2011
Nama: Dika Restiyani
Negara:  Indonesia


Miss World Muslimah 2012
Nama: Nina Septiani
Negara:  Indonesia


Miss World Muslimah 2013
Nama: Obabiyi Aishah Ajibola
Negara:  Nigeria


Miss World Muslimah 2014
Nama: Fatma Ben Guefrache
Negara:  Tunisia


Miss World Muslimah 2015
Nama:
Negara:
Akan Datang....
READ MORE- Miss World Muslimah 2011 - 2015

Miss Teen International 1994 - 2015

Miss Teen International 1993
Nama: Sofia Andersson
Negara:   Sweden


Miss Teen International 1994
Nama: Ana Carina Góis Homa
Negara:   Brazil


Miss Teen International 1995
Nama: Kristen Elizabeth Hungerford
Negara:   Sweden


Miss Teen International 1996
Nama: Karina Renata Cavazzana
Negara:   Brazil


Miss Teen International 1997
Nama: Katherine González Rivera
Negara:   Puerto Rico


Miss Teen International 1998
Nama: Vanessa Martins Fernandes
Negara:   Brazil


Miss Teen International 1999
Nama: Carolina Raven Perez
Negara:   Aruba


Miss Teen International 2000
Nama: Ayanette Mary Ann Statia
Negara:  Curaçao


Miss Teen International 2001
Nama: Yara Lasanta
Negara:   Puerto Rico


Miss Teen International 2002
Nama: Fabriella Quesada Sequeira
Negara:   Costa Rica


Miss Teen International 2003
Nama: María Teresa Rodríguez
Negara:   Costa Rica


Miss Teen International 2004
Nama: Lauryn Eagle
Negara:   Australia


Miss Teen International 2006
Nama: Mayra Matos
Negara:   Puerto Rico
# Mayra juga pernah mewakili negaranya dalam saingan Miss Universe 2009 dan berjaya menampatkan dirinya dalam tempat ke 5 atau 4th Runner Up.


Miss Teen International 2007
Nama: Jenny Quiroga Bravo
Negara:   Mexico


Miss Teen International 2008
Nama: Isabele Sanchez
Negara:   Brazil


Miss Teen International 2009
Nama: Nazareth Cascante
Negara:  Costa Rica
# Nazareth pernah menyertai Miss Universe 2012 yang berlangsung di Las Vegas, USA dan sekaligus beliau gagal menampatkan diri dalam Top 15.


Miss Teen International 2010
Nama: Lynette Do Nascimento
Negara:   Aruba


Miss Teen International 2011
Nama: Adriana Paniagua
Negara:   Nicaragua


Miss Teen International 2012
Nama: Valerie Hernandez
Negara:   Puerto Rico
# Valerie juga menyertai Pertandingan Miss International pada tahun 2014 yang berlangsung di Japan dan sekaligus memenangi pertandingan itu.


Miss Teen International 3013
Nama: Isabella Novaes
Negara:   Brazil


Miss Teen International 2014
Nama: Ailin Adorno
Negara:   Paraguay


Miss Teen International 2015
Nama:
Negara: 
Akan Datang...

















READ MORE- Miss Teen International 1994 - 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...