Salam semuanya.... Akhirnya hari ni kita sambut Hari Raya Aidilfitri di tahun ini. 17 july 2015 kebetulan jatuh pada hari jumaat. Nice sangat2.
Macam biasa la kehidupan sebagai seorang perantau dah memang macam ni. Beraya seorang2 tanpa family. Nasib baik ada kawan2 yang baik dan memahami. Time kita rasa sedih dan rendah diri mereka ada sebagai peneman dalam kita menghadapi berbagai masalah yang datang mahupun cabaran.
Contohnya hari ni 17 july sambut raya seorang sorang je. Pergi masjid seorang. Menangis seorang malah makan maggi je kat rumah seorang. Tak de siapa pun yang sudih menemani. Tahu mungkin dorang busy. Nasib baik Ombin ada kawan2 yang baik. Dorang la yang bawa Ombin berjalan dan beraya dari rumah kawan ke rumah kawan yang lain.
Ok la cukup la kat situ... dan di kesempatan ini Ombin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin jika selama ini pernah ada tulisan2 ombin yang kurang sedap di dengar mahupun membuat hati korang terguris. Mohon di maafkan ok.... Ombin pun manusia biasa yang tak kan lari membuat kesilapan.
No comments:
Post a Comment