.

.

Sunday 31 May 2015

Ibu Terima Buah Pinggang Anak Selepas Mati

CHINA. Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian, itulah yang terjadi kepada pasangan Zhou Lu, 21, dan Chen Xiaotian, 27, apabila doktor mengesahkan bahawa anak lelaki mereka yang berusia lima tahun menghidap tumor otak tahap kritikal.
 
Apa yang menyentuh perasaan pasangan ini lagi, anak mereka dikhabarkan tidak akan mampu hidup sehingga dewasa dek kerana penyakit tersebut.
 
Menurut laporan Sunnyskyz, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sebulan kemudian ibunya Zhou Lu pula dikesan menghidapi penyakit buah pinggang.
 
Akhirnya, kedua-duanya sama-sama berjuang di hospital selama bertahun-tahun, kerana penyakit ‘masing-masing’.
 
Si ibu Zhou memerlukan dialisis, manakala si anak Chen memerlukan rawatan tumor hampir setiap masa, apa yang lebih menyedihkan tumor otak Chen telah mengganggu saraf optiknya sehingga mengakibatkan dia hilang penglihatan dan hanya mampu berbaring di kamar tidur hospital.
 
Tatkala itu, para doktor sudah kehabisan ikhtiar untuk menyelamatkan Chen, sementara si ibu Zhou boleh pulih sekiranya mendapat ginjal (buah pinggang) yang baharu.
 
"Mereka mengatakan bahawa cucu saya tidak akan bertahan (hidup lama) , tetapi ginjalnya boleh membantu ibunya’kembali hidup’ ," ujar nenek Chen.
 
Namun, mendengar khabar tersebut, si ibu Chen, Zhou menolak dan tidak ingin langsung mendengar kata-kata  tersebut.
 
Baginya biarlah dia menderita, bukan anaknya yang sudah sedia menderita sakit tumor.
 
Ternyata, Chen mengetahui perkhabaran neneknya itu, bahawa dia boleh menyelamatkan ibunya sekiranya dia menderma ginjalnya kepada ibunya.
 
Tatkala itulah, Chen merayu untuk menyelamatkan ibunya, walaupun dia sendiri hanya mampu terlantar di hospital.
 
"Ibu, aku ingin menyelamatkan hidupmu," pintanya. Mendengar permohonan sang anak, ibunya menjadi begitu hiba, katanya bagaimana dia mampu hidup tanpa anaknya di sisi.
 
Ternyata niat suci Chen ‘dipermudahkan’ beberapa hari kemudian, Chen menghembuskan nafas terakhir. Akhirnya transplantasi ginjal (pemindahan buah pinggang) berhasil dilakukan ke atas ibunya Zhou.
 
Bagi menghormati anak yang berhati mulia itu, para doktor menundukkan badan (sebagai tanda hormat) kepada Chen sebelum pemindahan ginjal itu dilakukan. Sinar

# Sedih pula berita ni...
READ MORE- Ibu Terima Buah Pinggang Anak Selepas Mati

Friday 29 May 2015

Oh Semporna

Salam guys....
Post kali ni nak cerita sedikit sebanyak tentang kehidupan yang Ombin sempat rakam time balik kampung baru2 ni.




Macam ni la kalau nak angkut kereta untuk ke Pulau Bum - Bum dari pekan Semporna.
READ MORE- Oh Semporna

Wednesday 27 May 2015

Tengok Bola JDT Vs Ayeyawady United Piala AFC 2015

Salam...Sekarang Ombin berada di Restoran Ahmad Khan ( mamak ) di Masai tengok bola perlawanan antara JDT menentang Ayeyawady United yang tengah berlangsung di stadium Larkin, Johor bahru.

Keputusan ketika ini jam 10:23 pm. JDT 4 - 0 Ayeyawady United.


Gollllllllll..... sekali lagi JDT menambah koleksi gol sebentar tadi menjadikan kedudukan 5 - 0.

Ok la nak balik dulu. Beteri tab kita dah low. Bye...







READ MORE- Tengok Bola JDT Vs Ayeyawady United Piala AFC 2015

Siupaw Bagu Anad

Salam guys....
Na lanjal na kamu pa blog ku ini. Misan tiyu - tiyu da in hipag sulat ku, sah jukup na para hipag pahati atawa aun bassahun niu para mag lawag information.

Na entry ku kali ini mag story aku pasalan sin pag hinang siupaw. Adlaw yadtu sin pitca 22 April 2015 sahbu' way hinang. Kata'an sin kabagayan miari pa bai ku mag kaun - kaun kunuh. Maka hati kamu bang way na hinang marayau bang mag pun - pun iban ma kabagayan. Pasal bukun kata'an hangka hinangan. Time off day sajja maka pag tipun2.

In bunnal nia bukun aku in nag hinang sin siupaw ini. Unu bah in kaingatan ku mag ajjal. Bang isab mag pasuh tubig iban mag tugna kaunu maingat aku. Ma kabagayan in nag ajjal kataan. Ematud sajja in hinang ku.

Amuna ini in hasil nia. Aun Kilau Ista', Sianglag, Siupaw, Tiapa Ista' Mangku' Agal2 iban mataud pa. Maka lisu mag ngan kataan. Kita'ah niu na sajja. Amuna ini in kakaun sin tao ta.
READ MORE- Siupaw Bagu Anad

Tuesday 26 May 2015

Rindu Kat Miow Kecik

Salam....
Lepas balik dari Vietnam bulan ogos 2014 lepas, kucing hitam ni datang lepak2 depan rumah. Keadaannya time tu kurus sesangat2. Mungkin orang baru je buang. Sedih mengenangkan nasibnya Ombin pelihara je. Time tu perut dia besar. Dengan badannya yang kurus nampak kelakar bila dia berjalan bersama perutnya yang nampak besar. 1st tu ingatkan ada cacing dalam perutnya. Rupanya dia mengandung. 

10 September 2014 si Hitam ni ( Ombin panggil dia Hitam ) melahirkan baby dia 3 ekor. 2 betina dan 1 jantan. Yang sedihnya 2 ekor tu dicuri orang. Tinggal seekor ni je la yang ada. Ombin panggil dia Miow kecik sebab dia ni manja dan time kita duduk kat sofa dia akan datang minta dibelai.

23 March 2015 si Hitam lahirkan lagi baby dia sebanyak 5 ekor. Comel2 semuanya. 3 Jantan dan 2 betina. Dengan lahirnya 5 ekor ni sekarang Ombin ada 7 ekor kucing. Seronok tu tetap ada terutama time balik dari kerja.
Rindu kat dorang ni selalu time kat tempat kerja.
READ MORE- Rindu Kat Miow Kecik

Monday 25 May 2015

Lagi2 Steamboat

Gambar kenangan time makan steamboat bersama kawan2 sekerja dekat Jalan Suria 4 Masai, Jb

25 March 2015
READ MORE- Lagi2 Steamboat

Restoran Halal di Ho Chi Minh, Vietnam

Salam guys..., Post kali ni kita nak cerita sikit tentang satu restoran yang menyediakan makanan halal di tengah2 kota Saigon ni atau Ho Chi Minh Vietnam ni. 

Restoran ni pemiliknya memang orang Malaysia menurut sumber2 yang boleh dipercayai la. Time Ombin berkunjung ke sini, kebanyakan pelangan dia orang melayu dan indon. Pekerjanya pula semuanya warga tempatan kat sini. Mungkin muslim juga kot pekerjanya.

Ni pemandangan kat bahagian luar restoran ni.

Tengok je hiasan dan gambar2 dalam restoran ni memang betul2 Malaysian.

Ombin order Nasi Goreng dan air limau ais.

Ok. Kalau nak datang kat restoran ni senang je. Pegi dekat Pasar Cho Ben Thanh. Dari situ tak jauh. Letaknya dekat sebelah belakang pasar tu je.
READ MORE- Restoran Halal di Ho Chi Minh, Vietnam

Tentera Myanmar melakukan misi menyelamat pelarian Rohingya

Tentera Myanmar melakukan misi menyelamat pertama ke atas bot yang membawa kumpulan pelarian selepas berdepan desakan negara antarabangsa supaya mengambil tindakan segera untuk meredakan krisis kebanjiran pelarian di rantau Asia Tenggara itu.

Menurut laporan AFP, Jurucakap kerajaan, Ye Htut berkata, kapal tentera laut berjaya menemui dua bot ketika melakukan rondaan di perairan negara tersebut pada Khamis lalu.

"Salah sebuah bot tersebut ditemui membawa kira-kira 219 pelarian termasuk sembilan kru dan dua jurubahasa Benggali. Kesemua mereka didakwa berasal dari Cox's Bazar, Chittagong dan utara Dhaka," katanya.

Menurutnya, sebuah lagi bot milik warga Thailand dilaporkan sedang menuju ke bandar Maungdaw.

Sementara itu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) turut menyambut baik usaha Myanmar.

"Kami harap perkembangan positif ini dapat membendung kebanjiran pelarian dan melumpuhkan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia," kata jurucakapnya, Vivian Tan.

Menurut  UNHCR, kira-kira 2,000 pelarian dipercayai masih terkandas di Teluk Benggal selepas kumpulan penyeludup bertindak menghentikan kegiatan mereka susulan operasi yang semakin meningkat di perairan Asia Tenggara sejak akhir-akhir ini.
READ MORE- Tentera Myanmar melakukan misi menyelamat pelarian Rohingya

Thursday 21 May 2015

Jom kenali Vanessa Tevi Miss Universe Malaysia 2015


Vanessa Tevi atau nama penuhnya Vanessa Tevi Kumares lahir pada tahun 1992 dari Seramban, Negeri Sembilan ini berjaya memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2015 baru2 ini. 

Dengan kemenangan ini beliau akan mewakili Malaysia dalam saingan Miss Universe 2015 yang bakal diadakan pada hujung tahun nanti.

Sekali lagi Vanessa menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia terutamanya dikalangan peminat kontes kecantikan dunia.

READ MORE- Jom kenali Vanessa Tevi Miss Universe Malaysia 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...