.

.

Sunday, 31 May 2015

Ibu Terima Buah Pinggang Anak Selepas Mati

CHINA. Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian, itulah yang terjadi kepada pasangan Zhou Lu, 21, dan Chen Xiaotian, 27, apabila doktor mengesahkan bahawa anak lelaki mereka yang berusia lima tahun menghidap tumor otak tahap kritikal.
 
Apa yang menyentuh perasaan pasangan ini lagi, anak mereka dikhabarkan tidak akan mampu hidup sehingga dewasa dek kerana penyakit tersebut.
 
Menurut laporan Sunnyskyz, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sebulan kemudian ibunya Zhou Lu pula dikesan menghidapi penyakit buah pinggang.
 
Akhirnya, kedua-duanya sama-sama berjuang di hospital selama bertahun-tahun, kerana penyakit ‘masing-masing’.
 
Si ibu Zhou memerlukan dialisis, manakala si anak Chen memerlukan rawatan tumor hampir setiap masa, apa yang lebih menyedihkan tumor otak Chen telah mengganggu saraf optiknya sehingga mengakibatkan dia hilang penglihatan dan hanya mampu berbaring di kamar tidur hospital.
 
Tatkala itu, para doktor sudah kehabisan ikhtiar untuk menyelamatkan Chen, sementara si ibu Zhou boleh pulih sekiranya mendapat ginjal (buah pinggang) yang baharu.
 
"Mereka mengatakan bahawa cucu saya tidak akan bertahan (hidup lama) , tetapi ginjalnya boleh membantu ibunya’kembali hidup’ ," ujar nenek Chen.
 
Namun, mendengar khabar tersebut, si ibu Chen, Zhou menolak dan tidak ingin langsung mendengar kata-kata  tersebut.
 
Baginya biarlah dia menderita, bukan anaknya yang sudah sedia menderita sakit tumor.
 
Ternyata, Chen mengetahui perkhabaran neneknya itu, bahawa dia boleh menyelamatkan ibunya sekiranya dia menderma ginjalnya kepada ibunya.
 
Tatkala itulah, Chen merayu untuk menyelamatkan ibunya, walaupun dia sendiri hanya mampu terlantar di hospital.
 
"Ibu, aku ingin menyelamatkan hidupmu," pintanya. Mendengar permohonan sang anak, ibunya menjadi begitu hiba, katanya bagaimana dia mampu hidup tanpa anaknya di sisi.
 
Ternyata niat suci Chen ‘dipermudahkan’ beberapa hari kemudian, Chen menghembuskan nafas terakhir. Akhirnya transplantasi ginjal (pemindahan buah pinggang) berhasil dilakukan ke atas ibunya Zhou.
 
Bagi menghormati anak yang berhati mulia itu, para doktor menundukkan badan (sebagai tanda hormat) kepada Chen sebelum pemindahan ginjal itu dilakukan. Sinar

# Sedih pula berita ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...