.

.

Sunday 30 June 2013

Keputusan Piala FA 2013 - Kelantan Vs Johor Darul Takzim

Akhirnya masa yang di nanti2 oleh seluruh peminat bola sepak negara terutamanya penyokong bagi pasukan Johor Darul Takzim dan Kelantan telah tiba. Dan Stadium Bukit Jalil yang dibanjiri peminat bola menjadi tempat bagi kedua - dua pasukan beraksi pada malam final ini.

Pada minit ke-14 Kelantan berjaya menjaringkan gol melalui Mohd Norfarhan Muhammad.

Keputusan Kelantan 1 - 0 Johor DT sampai ke penamat.

Admin ucapkan tahniah kepada Kelantan coz atas kejayaan ini. Sememangnya walaupun
Johor DT kalah tetapi untuk sampai ke tahap Final memang adalah yang terbaik. Adat bertanding kan?

Apapun memang terbaiklah perlawanan kejap tadi.
Luaskan Kuasamu JDT
READ MORE- Keputusan Piala FA 2013 - Kelantan Vs Johor Darul Takzim

Wednesday 19 June 2013

Selamat Hari Bapa

Anduh ka ilu hi ama'
Malugai ku wayna kita'
Bang kamatai hi ama' ma bih ku alta'
Atas ku na mag pa banyaga'

Bang ummul hi ama' kasugpatan
Atas ku tuud hipanggutang
Wala' pa aku kia dulan
Umukum kan ama' kalasahan

Masakit Bang way ama' tawagun
Masigpit bang way ama' linggiun
Hahunit bang way ama' siumun
Masigpit bang way ama' umukum
Bang kami kan ama' in mag tum - tum
Pa kubul hi ama' in tibaun

Bang ama' talus aku
Sin waktu ama kalamma mu
Du'un sa aku ha raigmu
Mag langan - langan kay mu

Kamu manga' taga ama' pa
Kalasahi niu tuud sila
Misan ma'abut kamatai nila
Bang mayan way susunan ta


Di kesempatan ini Ombin nak ucapkan 'selamat hari bapa' kepada ayah Ombin walaupun dah lama meninggalkan kami sekeluarga.
( 8 tahun )

Ombin doakan moga ayah berbahagia disana. Pada uols yang masih ada ayah, please buat yang terbaik pada mereka. Bahagiakan dan jaga mereka dengan baik.

Ingat lagi time ayah sakit selama hampir enam bulan. Time tu ayah Ombin tak boleh berjalan.Cuma berbaring je. Ombin dengan mak la yang ketika itu menjaga dia.

Tiap kali ayah buang air Ombin la yang bawa dia ke tandas dan bersihkan dia. Kadang tu wujud juga perasaan bosan sebab buat benda yang kotor macam tu. Tapi bila difikir balik siapa lagi yang buat semua tu kalau bukan kita sebagai anak. Masih segar dalam ingatan satu hari tu ayah merajuk. Ayah merajuk sebab dia nampak Ombin termuntah selepas selesai bersihkan bahan buangan dia. Sedih time tu. Tapi bila Ombin minta maaf & pujuk dia akhirnya dia tak merajuk lagi.
(Jaga orang sakit memang sukar tau. So kita kena banyak bersabar)

Paling sedih time tu masa ayah duduk wad di hospital Semporna. Hampir sebulan juga ayah stay kat sana. Hari sabtu dan ahad Ombin yang jaga kat hospital. Isnin hingga jumaat mak dan anak buah Ombin yang jaga ayah.

K la.... Malas nak cerita lebih2. Kang sedih la pula. Satu je, sayangi & jagalah ayah anda.


Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa...
READ MORE- Selamat Hari Bapa

Sunday 16 June 2013

Tengok Wayang Filem 'Switch'

Salam uols...
Semalam Ombin ada tengok wayang dekat KSL Mall cerita SWITCH lakonan hebat Andy Lau. Sebuah lagi filem yang hebat. Nak beri 3 bintang.

Ni sedikit Sinopsisnya
"Switch", yang sebelumnya dikenali sebagai "Dwelling In The Fuchun Mountains", merupakan pengembaraan yang dibintangi oleh Andy Lau, Zhang Jingchu dan Lin Chi-ling.

Filem ini mengisahkan lukisan dari negara China yang terkenal, iaitu "Dwelling In The Fuchun Mountains" oleh Huang Gongwang. Lukisan tersebut telah dipecahkan kepada dua bahagian pada 300 tahun yang lalu dan telah dipamerkan secara berasingan di China dan Taiwan. 

Filem ini menjangka bahawa lukisan tersebut akan disatukan semula, di mana ianya akan dicuri oleh sekumpulan pencuri. Perisik khas Xiao Jinhan (Andy Lau) dan pekerja syarikat insurans Lin Yuyan (Zhang Jingchu) sedang dalam misi untuk melindungi lukisan terkenal "Fu Chun Shan Ju Tu", yang merupakan sasaran samseng Jepun (Tong Dawei)
READ MORE- Tengok Wayang Filem 'Switch'

Saturday 15 June 2013

Tengok Wayang Filem ' Man Of Steel'

Filem yang paling hebat tahun 2013 . Memang best filem Man Of Steel ni. Nak beri terus 4 bintang.

Sedikit Sinopsisnya
Di antara semua superhero, Superman ialah superhero yang paling dikenali dan dipuja.

Clark Kent / Kal-El (Henry Cavill) ialah seorang wartawan berumur 20-an yang keseorangan kerana kuasa luar biasanya. Dulu, dia dihantar ke Bumi dari Krypton, sebuah planet yang berteknologi tinggi dan jauh dari Bumi.

Clark bergelut dengan soalan mutlak: "Kenapa dia di sini?" Dia dibentuk dari nilai yang diajar ibu bapa angkatnya, Martha (Diana Lane) dan Jonathan Kent (Kevin Costner).

Clark mengetahui kuasa luar biasanya akan memaksanya membuat keputusan yang sukar. Apabila dunia memerlukan kestabilan, ancaman yang lebih bahaya muncul. Clark mesti menjadi 'Man of Steel' untuk melindungi orang yang disukai dan bersinar sebagai simbol harapan - Superman.
READ MORE- Tengok Wayang Filem ' Man Of Steel'

Monday 10 June 2013

Ubat Sakit Kepala & All

Pic kat atas ni ubat sakit sepala yang pernah Ombin beli time dekat Guangzhou, China. Kebetulan Ombin tak boleh kena air hujan memang terus demam. So demam la kat sana. Ombin beli ubat ni kat kedai ubat area hostel Ombin. Harga sekitar 16Yuan.

Tapi ubat ni memang best. Tak lama minum baik je sakit kepala time tu. Selain sakit kepala, macam2 lagi sakit yang boleh ok. ( Tengok gambar dia je )

1 kota ada 20 kapsul. Time beli ubat ni pun guna isyarat je coz pemilik kedai tu pun tak faham BI.
READ MORE- Ubat Sakit Kepala & All

Saturday 8 June 2013

Tengok Wayang Filem 'Lari'

Semalam dah tengok wayang, hari ni pun tengok wayang lagi cerita 'Lari' filem terbaru Aaron Aziz.
Untuk pengetahuan uols Ombin sebenarnya tak berapa minat tengok filem2 kita. Bukan tak nak support industri filem negara kita cuma kadang tu bosan dengan jalan cerita yang lebih kurang sama je.

Tapi filem 'Lari' ni ok sikit. Ceritanya pun tak membosankan. Pada aku ni la filem yang paling terbaik antara filem2 negara kita yang pernah aku tengok. Itu pendapat aku je k... Pendapat uols tak tau la. So nak bagi la filem 'Lari' ni empat setengah bintang. Ok la kan?

Ni sedikit Sinopsisnya
Mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.

Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya. Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang.

Maya yang bergelut denga krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.
READ MORE- Tengok Wayang Filem 'Lari'

Tengok Wayang Filem ' Now You See Me'

Semalam gue ada tengok wayang cerita Now You See Me dekat Todays Mall Ulu Tiram. Best sangat cerita dia.

Ni sedikit Sinopsisnya.
'The Four Horsemen', satu kumpulan ahli silap mata hebat yang diketuai Atlas (Jesse Eisenberg) yang berkarisma, mempersembahkan dua pertunjukan silap mata yang berteknologi tinggi. 

Pertama, mereka mengejutkan penonton dengan merompak sebuah bank di benua lain dan kemudian mendedahkan seorang penjenayah kolar putih dan menyalurkan wang penjenayah kepada akaun bank penonton. Agen khas FBI, Dylan (Mark Ruffalo) bertekad untuk membuat ahli silap mata itu menyesali perbuatan mereka dan menghentikan mereka sebelum pertunjukkan silap mata mereka seterusnya yang dijanjikan sebagai rompakan yang lebih berani. Tetapi dia dipaksa untuk mengambil Alma (Melanie Laurent) sebagai seorang rakan kongsi.

Alma ialah seorang detektif Interpol yang tidak dipercayai Dylan. Dia meminta bantuan Thaddeus (Morgan Freeman), seorang pembongkar teknik silap mata yang popular, kerana terdesak. Thaddeus mendakwa bahawa rompakan bank tersebut dibuat dengan menggunakan penyamaran dan teknik video.

Satu benda yang Dylan dan Alma berdua setuju ialah kumpulan ahli silap mata itu ada seorang pembantu dari luar dan mencari orang tersebut ialah kunci untuk menamatkan jenayah kumpulan tersebut. Adakah orang tersebut Thaddeus? Atau Alma? Atau mungkinkah..... ia betul-betul sihir?
READ MORE- Tengok Wayang Filem ' Now You See Me'

Monday 3 June 2013

6 Ratu Cantik Asia Dalam Saingan Miss Universe 2013


Ha... ni la Wanita2 cantik Asia yang akan turut bertanding dalam saingan Miss Universe 2013. Cantik tak dorang? Jom kenali mereka satu demi satu.

Ratu Indonesia Indonesia - Whulandary Herman

Ratu Japan Japan - Yukimi Matsuo

Ratu South Korea Korea - Kim Yu-mi

Ratu Malaysia Malaysia - Carey Ng

Ratu Philippines Philippines - Ariella Arida

Ratu Thailand Thailand - Chalita Yaemwannang
READ MORE- 6 Ratu Cantik Asia Dalam Saingan Miss Universe 2013

Sunday 2 June 2013

Tengok Wayang Filem 'Marvel's Iron Man 3'

Ombin tengok semalam wayang cerita  Marvel's Iron Man 3 dekat Todays Mall Ulu Tiram.

Sedikit Sinopsisnya...
Filem ketiga siri 'Iron Man' ini diarah oleh Shane Black. Robert Downey Jr. kembali berlakon sebagai kaki perempuan yang kaya dan memakai sut besi sebagai Iron Man untuk menyelamatkan dunia. 

Selepas peristiwa yang berlaku di filem 'Iron Man' yang kedua, Tony Stark kini bertarung dengan kuasa jahat bersama kawan baiknya, Lt. Col. James Rhodes atau War Machine. 

Tony Stark mengembara untuk mencari orang yang bertanggungjawab memusnahkan dunia peribadinya. Pengembaraan ini akan sentiasa mencabar keberaniannya. 

Tony Stark menjadi terdesak untuk melindungi orang tersayangnya dengan naluri, kepintaran dan alatnya. Tony Stark mempunyai satu soalan yang sentiasa menghantuinya.  Adakah manusia yang membina sut atau sut yang menjadi manusia?
READ MORE- Tengok Wayang Filem 'Marvel's Iron Man 3'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...