.

.

Saturday 8 June 2013

Tengok Wayang Filem ' Now You See Me'

Semalam gue ada tengok wayang cerita Now You See Me dekat Todays Mall Ulu Tiram. Best sangat cerita dia.

Ni sedikit Sinopsisnya.
'The Four Horsemen', satu kumpulan ahli silap mata hebat yang diketuai Atlas (Jesse Eisenberg) yang berkarisma, mempersembahkan dua pertunjukan silap mata yang berteknologi tinggi. 

Pertama, mereka mengejutkan penonton dengan merompak sebuah bank di benua lain dan kemudian mendedahkan seorang penjenayah kolar putih dan menyalurkan wang penjenayah kepada akaun bank penonton. Agen khas FBI, Dylan (Mark Ruffalo) bertekad untuk membuat ahli silap mata itu menyesali perbuatan mereka dan menghentikan mereka sebelum pertunjukkan silap mata mereka seterusnya yang dijanjikan sebagai rompakan yang lebih berani. Tetapi dia dipaksa untuk mengambil Alma (Melanie Laurent) sebagai seorang rakan kongsi.

Alma ialah seorang detektif Interpol yang tidak dipercayai Dylan. Dia meminta bantuan Thaddeus (Morgan Freeman), seorang pembongkar teknik silap mata yang popular, kerana terdesak. Thaddeus mendakwa bahawa rompakan bank tersebut dibuat dengan menggunakan penyamaran dan teknik video.

Satu benda yang Dylan dan Alma berdua setuju ialah kumpulan ahli silap mata itu ada seorang pembantu dari luar dan mencari orang tersebut ialah kunci untuk menamatkan jenayah kumpulan tersebut. Adakah orang tersebut Thaddeus? Atau Alma? Atau mungkinkah..... ia betul-betul sihir?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...