Semalam dah tengok wayang, hari ni pun tengok wayang lagi cerita 'Lari' filem terbaru Aaron Aziz.
Untuk pengetahuan uols Ombin sebenarnya tak berapa minat tengok filem2 kita. Bukan tak nak support industri filem negara kita cuma kadang tu bosan dengan jalan cerita yang lebih kurang sama je.
Tapi filem 'Lari' ni ok sikit. Ceritanya pun tak membosankan. Pada aku ni la filem yang paling terbaik antara filem2 negara kita yang pernah aku tengok. Itu pendapat aku je k... Pendapat uols tak tau la. So nak bagi la filem 'Lari' ni empat setengah bintang. Ok la kan?
Ni sedikit Sinopsisnya
Mengisahkan perjalanan hidup
Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa
meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila
menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan
untuk menjadi askar.
Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah
bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita
mengenai kematian ayahnya. Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga
terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang.
Maya
yang bergelut denga krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil
keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan
penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit
dalam sindiket perdagangan wanita.
No comments:
Post a Comment