.

.

Sunday 2 June 2013

Tengok Wayang Filem 'Marvel's Iron Man 3'

Ombin tengok semalam wayang cerita  Marvel's Iron Man 3 dekat Todays Mall Ulu Tiram.

Sedikit Sinopsisnya...
Filem ketiga siri 'Iron Man' ini diarah oleh Shane Black. Robert Downey Jr. kembali berlakon sebagai kaki perempuan yang kaya dan memakai sut besi sebagai Iron Man untuk menyelamatkan dunia. 

Selepas peristiwa yang berlaku di filem 'Iron Man' yang kedua, Tony Stark kini bertarung dengan kuasa jahat bersama kawan baiknya, Lt. Col. James Rhodes atau War Machine. 

Tony Stark mengembara untuk mencari orang yang bertanggungjawab memusnahkan dunia peribadinya. Pengembaraan ini akan sentiasa mencabar keberaniannya. 

Tony Stark menjadi terdesak untuk melindungi orang tersayangnya dengan naluri, kepintaran dan alatnya. Tony Stark mempunyai satu soalan yang sentiasa menghantuinya.  Adakah manusia yang membina sut atau sut yang menjadi manusia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...