.

.

Wednesday 26 February 2020

Wagha Border India and Pakistan

Salam gus...
Akhirnya Ombin berada seronok kerana berkesempatan melawat Wagha Order iaitu sempadan antara negara India dan Pakistan.  Seronok pula tengok. Seorang buat upacara ni setiap pukul 5 petang sempena persahabatan antara kedua negara dari segi ketenteraan.

Wagha Border ni akan sentiasa dikunjungi oleh ribuan warga dan pelancong asing dari kedua buah negara.

Dari segi keluasan, yang sebelah India lebih ramai penonton sebab stadium yang negara India sediakan luas jika dibandingkan dengan stadium kau sebelah Pakistan.

Nanti sila rujuk Chanel Youtube Ombin untuk tengok video yang aku rakam.
https://youtu.be/P2lLKws6gBE
READ MORE- Wagha Border India and Pakistan

Sapphire Hotel, New Delhi, India

Morning guys.....
Semalam Ombin dah check in kat hotel ni dalam jam lebih kurang 9 malam. Perjalan dari Amritsar ke New Delhi ambil masa dalam 10 jam.

Masa kat Malaysia kami dah booking online tiket keretapi dari Amritsar ke Delhi. malangnya train tu perjalanannya dah di batalkan disebabkan hal rusuhan mungkin yang berlaku kat Delhi. Even hari ni pun masih ada rusuhan.

Pagi ni Ombin sarapan roti je. Order dekat hotel ni je. Malam tadi pun sama order vegetarian dan nasi goreng.

Pukul 11 pagi nanti kami akan check out dan akan ke airport sebab petang ni kami punya penerbangan ke Malaysia  dalam pukul 5 petang.

Doakan semuanya baik - baik je...
READ MORE- Sapphire Hotel, New Delhi, India

Wednesday 19 February 2020

Taj Mahal, Agra, Uttar Pradesh, India

Salam guys...
Hari ini 19 Februari 2020 tepat pukul 6 pagi Ombin naik Uber dari tempat tinggal Ombin dekat Taj Mahal Homestay ke Taj Mahal pintu Timur cuma 80.20 India Rupees.

Yang sedihnya driver Uber tu turunkan Ombin dekat simpang utama nak ke Taj Mahal yang jaraknya masih 1.2km lagi. Astaga mengucap panjang aku.

Dari simpang tu saya berjalan kaki je nak masuk dekat pintu utama Taj Mahal. Scammer nya tu tak usah cakap lah. Menimbun dan sibuk nak mempelawa kita supaya ambil dorang sebagai tourist guide. Ombin jalan je sambil buat bodoh. Sebab makin kita layan dorang ni makin sibuk mengikut kita.

Sampai dekat pintu utama pun sampah - sampah ni masih sibuk mengikut. Nasib baik Ombin dah nampak ramai pelancong asing tengah berbaris kat situ. So Ombin pun masuk je ikut berbaris dengan dorang. Baru rasa lega dibuatnya.

Untuk pengatahuan you all,  nak masuk tengok Taj Mahal ni kita tak dibenarkan bawa beg besar. So kebetulan Ombin bawa beg kecil je. Selamat dah cuma kena scan la macam biasa.

Dan akhirnya selamat juga Ombin melepasi macam - macam cabaran dan dah lega bila tengok keindahan Taj Mahal yang begitu indah. Terasa terharu gitu guys......

Untuk masuk ke ruang dalam Taj Mahal ni kita kena pakai cover shoes guys dan boleh minta dari petugas kat situ dengan kita tunjukkan je tiket kita.

Nak masuk nak tengok kubur si Muntaj Mahal tu pula kita tak dibenarkan merakam gambar dan video. So kita tengok - tengok gitu je.....

Sekian guys....

READ MORE- Taj Mahal, Agra, Uttar Pradesh, India

Sunday 16 February 2020

Hari Pertama di New Delhi, India

Salam guys...
Alhamdulillah akhirnya Ombin selamat sampai di New Delhi India..
Penerbangan kami sampai di Airport dia dalam pukul 4:50 pagi waktu tempatan dengan suhu yang sangat sejuk 12°c. Kira menusuk gitu sampai ke tulang sum - sum.

Banyak sangat scammer kat sini.  Kerja menipu je dorang ni. Macam - macam jenis penipuan yang ada.

Ombin sarankan kepada sesiapa yang berkunjung ke Delhi supaya korang jangan sekali  - kali ambil atau gunakan perkhidmatan tuk- tuk dorang. Pengguna tuk - tuk kat sini lah yang paling banyak menipu. Apa yang berlaku ke pada Ombin di hari pertama sampai di Delhi nanti Ombin cerita di lain entry........

Sedih tau you all.....

READ MORE- Hari Pertama di New Delhi, India

Perjalanan Ke Negara India

Salam gusy....
Semalam ombin bergerak dari Bandar Seri Alam ke Larkin naik grab dalam jam 3 petang.  Harga Grab RM25 saja. Kira berbaloi lai jika dibandingkan dengan naik bas.


Sampai kat Larkin naik Bas Yoyo yang terus ke KLIA2 dengan harga RM59.

Kesesekan berlaku dekat highway pula ada 2 tempat tapi dua - dua tu berlaku masih di kawasan Johor. Kalau tak silap area Simpang Renggam dan Muar.

Sampai dia KLIA2 lebih kurang jam 11 malam kesan dari kesesekan tadi.

Sampai airport makan kat KFC RM27.20

11:40 malam kami check in dekat Indigo.

Lepas tu kami terus pergi melepasi pemeriksaan imigresen dan rehat - rehat kat ruanggan menunggu. Majoriti kat situ Orang india berbangsa Punjab sebab kita tahu dari dorang pakai serban. Ada 2 orang budak Melayu satu lelaki dan satu lagi budak Pengkid.

Flihgt kami ke Indira Ghandi International Airport pukul 2 pagi.

Kami tak makan sebab risau kesahihan halal dia. Kat Indigo ni dia tak jual air mineral. Air putih dia beri percuma, tapi kita kena minta la kat dia.

Akhirnya... Kami sampai dekat New Delhi Airport dia sekitar jam 4:50 pagi waktu di India atau kalau kat Malaysia sekitar jam 7 pagi.

READ MORE- Perjalanan Ke Negara India

Friday 14 February 2020

Hari Persiapan Ke India & Pakistan

Salam tengah hari guys...
Hari ni adalah hari last untuk Ombin buat persiapan sebelum bergerak esok ke KLIA.

Alhamdulillah semua persiapan dah siap tinggal beberapa peralatan mandi je yang perlu dikemas esok pagi.

So hari ni kita beli barang - barang yang perlu sahaja. Beli kat Tesco Seri Alam  Hyper ni je.

Lepas shopping kat Tesco ni Ombin pun rehat - rehat sambil minum - minum je. Bet Aircon gitu....

Doakan Ombin selamat pergi dan kembali. Amin.....

Bandar Seri Alam,  Masai 🚗Karkun,  Johor Bahru 🚎 KLIA ✈️ New Delhi,  India🇮🇳
READ MORE- Hari Persiapan Ke India & Pakistan

Friday 7 February 2020

OldTown White Coffee di Giant Plentong

Salam gusy....
Hari ni Ombin jalan - jalan dekat Giant Plentong. Bershopping gitu barang - barang makanan.

Sambil - sambil tu kita lepak la dekat OldTown White Coffee dalam sini.

Ombin pesan makanan ringan je. Pas tu minum ais kosong.  Nak jaga kesihatan kan....



READ MORE- OldTown White Coffee di Giant Plentong

Sunday 2 February 2020

E-Visa India Lulus

Salam guys....
Hari ni Ombin nak post pasal E-Visa India Ombin dah lulus...
Pada January lepas Ombin mohon e-visa ke India. Jenuh juga guys dibuatnya. Maklum lah ni kira first time Ombin mohon visa secara online.

Dulu masa melancong ke negara China, Ombin buat visa dekat kedutaan dia kat Kuala Lumpur. La ni kena mohon dalam talian pula tu...

Yang bestnya ombin mohon visa tu pagi dan malam sikit dah di luluskan. So Alhamdulillah la guys....
READ MORE- E-Visa India Lulus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...