May Myat Noe 18 tahun dari Yangon, Myanmar berjaya memenangi gelaran Miss Asia Pacific 2014 yang berlangsung semalam 31 May 2014 di Soul, Korea.
Seramai 38 wanita cantik mengambil bahagian dan hanya 15 peserta yang diserap masuk ke pusingan semi final.
Selain May Myat Noe, ratu Korea, Kim Eea menduduki tempat kedua dan ratu dari Macau, Hio Man Cha pula di tempat yang ketiga. Hillarie Danielle Parungao, ratu Filipina ditempat ke empat manakala ratu India, Anukriti Gusain hanya mampu di tempat ke lima setelah dua wakil dari negara itu berjaya memenangi gelaran Miss Asia Pacific World untuk 2 tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2012 dan 2013.
Turut menduduki tempat ke enam wakil dari Singapura, Pooja Gill yang juga bekas peserta Asia Next Top Model musim kedua. Manakala ratu Thailand, Nisanat Mongsai hanya mampu di tempat ke tujuh.
No comments:
Post a Comment