Sekadar Gambar Hiasan
Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 35 tahun selepas dia ‘mendedahkan’ dirinya di depan seorang remaja sekolah di tepi jalan di wad Edogawa, Sabtu lalu.
Menurut jurucakap polis, Akira Imazu dituduh melakukan perbuatan keji depan khalayak umum.
Stesen televisyen Asahi melaporkan kira-kira jam 8 pagi 21 Mei, Imazu mendedahkan dirinya di hadapan seorang remaja perempuan yang menunggang basikal ke sekolah.
Polis berkata, pekerja industri perkhidmatan makanan dan minuman itu membuat lubang di celah kelangkang seluarnya sebelum keluar melakukan perkara itu.
“Saya memang sentiasa seronok mendedahkan bahagian itu kepada remaja perempuan. Saya melakukannya selama 10 kali tahun ini seorang diri,” katanya ketika ditahan polis. - Agensi
No comments:
Post a Comment