.

.

Tuesday 26 May 2015

Rindu Kat Miow Kecik

Salam....
Lepas balik dari Vietnam bulan ogos 2014 lepas, kucing hitam ni datang lepak2 depan rumah. Keadaannya time tu kurus sesangat2. Mungkin orang baru je buang. Sedih mengenangkan nasibnya Ombin pelihara je. Time tu perut dia besar. Dengan badannya yang kurus nampak kelakar bila dia berjalan bersama perutnya yang nampak besar. 1st tu ingatkan ada cacing dalam perutnya. Rupanya dia mengandung. 

10 September 2014 si Hitam ni ( Ombin panggil dia Hitam ) melahirkan baby dia 3 ekor. 2 betina dan 1 jantan. Yang sedihnya 2 ekor tu dicuri orang. Tinggal seekor ni je la yang ada. Ombin panggil dia Miow kecik sebab dia ni manja dan time kita duduk kat sofa dia akan datang minta dibelai.

23 March 2015 si Hitam lahirkan lagi baby dia sebanyak 5 ekor. Comel2 semuanya. 3 Jantan dan 2 betina. Dengan lahirnya 5 ekor ni sekarang Ombin ada 7 ekor kucing. Seronok tu tetap ada terutama time balik dari kerja.
Rindu kat dorang ni selalu time kat tempat kerja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...