.

.

Thursday, 26 September 2013

Tengok Wayang Filem 2GUNS


Ni sedikit Sinopaianya

Pemenang Anugerah Akademi Denzel Washington dan Mark Wahlberg berlakon sebagai watak utama untuk filem "2 Guns". Filem aksi ini berkisarkan dua orang ejen dari jabatan berlainan yang terpaksa melarikan diri bersama-sama. 

Ada satu masalah besar dengan gabungan mereka: mereka berdua tidak sedar bahawa pihak lain ialah ejen kerajaan yang menyamar sebagai penjenayah. 

Ejen DEA Bobby Trench dan pegawai perisik laut US Marcus Stigman terpaksa bekerjasama untuk 12 bulan yang lalu. 

Mereka berdua diarah untuk menyamar sebagai ahli sindiket narkotik dan mereka tidak percayakan satu sama lain. 

Apabila cubaan mereka dalam mencerobohi sindiket pengedaran dadah di Mexico demi mendapatkan wang berjuta-juta Dollar gagal, Trench dan Stigman dibuang kerja oleh pihak atasan. 

Memandangkan semua orang mahu mereka mati atau dipenjarakan, mereka hanya boleh mempercayai satu sama lain.
READ MORE- Tengok Wayang Filem 2GUNS

Tuesday, 24 September 2013

Tengok Wayang Filem THE FLU


Ni sedikit Sinopsisnya

Wabak H5N1 merebak ke seluruh populasi urban dengan 2000 kes setiap satu jam dan kematian terjadi selepas 36 jam jangkitan. 

Akibat virus yang merebak itu, sesiapa yang menghidap wabak tersebut dikuarantin dan dipulaukan. 

Dalam perjuangan meneruskan hidup, seorang bomba dan doktor datang untuk mencari penawar.
READ MORE- Tengok Wayang Filem THE FLU

Tengok Wayang Filem RIDDICK

Salam...
Walaupun sibuk kerja, tetap masih ada masa untuk tengok wayang. kelas gitu.


Nah... ni sedikit sinopsisnya.

Riddick menentang binatang makhluk asing dan menjadi lebih berkuasa dan berbahaya setelah dikhianati puaknya sendiri yang mana sebelumnya dia dibiarkan untuk mati di planet terpencil. 

Banyak pemburu upahan dari seluruh galaksi menentang Riddick tetapi mereka cuma mainan dalam rancangan Riddick untuk membalas dendam. 

Apabila musuhnya berada di mana dia hendaki, Riddick melancarkan serangan ganas sebelum kembali ke planet asalnya untuk menyelamatkan planet tersebut dari kemusnahan.
READ MORE- Tengok Wayang Filem RIDDICK

Sunday, 1 September 2013

Malaysia Merdeka 56 Tahun

Salam semuanya... Ombin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat negara kita Malaysia yang ke 56 tahun. Sama2lah kita memeliharanya.

READ MORE- Malaysia Merdeka 56 Tahun

Friday, 30 August 2013

Tengok Wayang Filem ELYSIUM

Salam, hari ni Ombin ada tengok wayang cerita 'Elysium' dekat Pelangi Leisure Mall. Best sangat2 ceritanya. 
Ni sedikit sinopsisnya ok....
Pada tahun 2159, manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu orang kaya yang tinggal di stesen angkasa bersih binaan manusia yang dipanggil Elysium, dan orang biasa yang tinggal di Bumi padat dan kotor. 

Setiausaha Phodes (Jodie Foster), seorang pegawai kerajaan yang tegas, akan berbuat apa sahaja untuk menguatkuasakan undang-undang anti-imigrasi serta mengekalkan gaya hidup mewah penduduk Elysium.

Ini tidak bermakna penduduk Bumi akan berhenti menceroboh masuk ke Elysium dengan apa cara sahaja. Apabila Max yang tidak bertuah mengalami masalah kewangan, dia bersetuju mengambil satu misi sukar yang akan mengubah hidupnya dan membawa kesamarataan ke dunia itu jika berjaya.
READ MORE- Tengok Wayang Filem ELYSIUM

Wednesday, 28 August 2013

Masih Terasa Suasana Raya



Wahhhhhh.... Lamanya Ombin tak update blog ni...
Rindu pula dengan blog yang lawa ni. Gambar2 di atas antara gambar kenangan yang berjaya Ombin rakam ketika raya puasa 2013 baru2 ini.

Rasanya masih belum terlambat untuk Ombin ucapkan Selamat Menyambut raya puasa pada tahun ini. Yang sedihnya raya kali ni Ombin tak dapat balik kampung. So rindu sangat2 dengan family Ombin.
READ MORE- Masih Terasa Suasana Raya

Jom Kenali 5 Ratu Cantik Malaysia 2013

Carey Ng,
Berumur 23 tahun dari Kuala Lumpur akan mewakili Malaysia dalam saingan Miss Universe 2013 yang bakal berlangsung di Crocus City Hall, Moscow, Russia pada 9 November 2013.

Melinder Bhullar.
Berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur akan mewakili Malaysia dalam saingan Miss World 2013 yang bakal berlangsung di  Sentul International Convention Center, Sentul and Nusa Dua, Indonesia pada 28 September 2013 ini.

Josephine Tan,
Berumur 22 tahun dari Pahang akan mewakili Malaysia dalam saingan Miss Earth 2013 yang bakal berlangsung di Philippines pada November ini.

Taarah Ganesan, akan mewakili Malaysia dalam saingan Miss Tourism International 2013 yang bakal berlangsung di Malaysia pada hujung Disember tahun ini.

Nancy Markus,
Berumur 26 tahun dari Kuala Lumpur akan mewakili Malaysia dalam saingan Miss Supranational 2013 yang bakal berlangsung di  Sport's Palace of Minsk, Minsk, Belarus pada 6 September 2013 ini.

# All the best....
READ MORE- Jom Kenali 5 Ratu Cantik Malaysia 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...