Malam ni Ombin bersantai - santai dekat Starbucks Seri Alam, Masai. Saja je sejuk2kan badan. Maklum la sekarang no cuaca panas malam - malam.
Mag Panau - Panau Kita Salugai Aun Pa Kabuhi'..... Misan Miud In Pilak Ta Ha Dunya, Hika Bin Da
.

Monday, 12 September 2016
AidilAdha 2016
Assalammualaikum ka babayan ku...
Hari ini 12 September 2016 seluruh umat islam menyambut Hari Raya Haji @ Aidil adha.
Di kesempatan ini Ombin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha, maaf zahir Dan batin kepada semua kawan - kawan, sahabat handai dan keluarga Ombin di kampung Terusan, Semporna.
Sunday, 11 September 2016
Sunyi Sepi
Salam Guys.... saja je post gambar aku dengan kak Ju. Bila tak de order macam ni la keadaan tempat kerja kami. Sunyi sepi kataanya
Wednesday, 31 August 2016
Selamat Hari Merdeka Yang ke - 59 Tahun
Salam Guys.....
Dikesempatan ini Ombin ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan bagi negara kita Malaysia buat kali yang ke 59 tahun.
Moga Malaysia akan terus maju kehadapan setanding dengan negara2 maju yang lain.
Sempena Merdeka, hari ini Ombin jalan2 sambil makan2 dekat merata tempat dekat area jb.
Awal pagi dalam sekitar jam 10 pagi Ombin makan2 dekat Aeon Tebrau. Kemudian pergi Giant Leisure Mall area Pelangi dan kemudia pergi KSL City Mall, jb.
Tuesday, 30 August 2016
Start Kerja Malam
Huhuhu.....
Semalam 29 Ogos 2016 Ombin start kerja malam.
Pengalaman yang best juga kerana sebelum ni pernah kerja malam, Yang penting kerja malam takde bos2 besar.
Kalau kerja siang macam2 ada. Dari pangkat Bos hingga peringkat kuli. Tapi kerja malam tak de. Kita suka hati nak buat apa asalkan utamakan kerja dulu.
Kalau kerja siang, costumer yang datang buat lawatan pun kita kena berlakon depan2 dia walau tak de kerja sekali pun.
Saturday, 20 August 2016
Beri Sokongan Kepada Lee Chong Wei Olimpik Rio 2016
Salam guys.... Malam ni penantuan pingat emas dan perak dalam pertemuan akhir antara datuk Lee chong wei dan ching long.
perlawanan sekitar 8:30 pm nanti, tapi dengan semangat yang berkobar2, kita orang datang awal ke Restoran Zam Zam Tasek.
Kat sini tak berapa ramai orang. So sesuai la nak tengok dengan tenang. Kalau kat tengok kat tempat lain kang memekak pulak dorang bersorak.
Malam ni Ombin order Air kelapa dan Roti Kosong 2 keping. Banjir gitu dengan kuah kari ayam.