.

.

Saturday, 14 November 2015

Saya Dirogol 43,200 Kali

MEXICO CITY - MEXICO. Seorang wanita mendakwa dirogol oleh 30 lelaki sehari selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Karla Jacinto, 23 berkata, 43,200 kali adalah anggaran kasar beliau dirogol dalam tempoh empat tahun.

Laporan CNN mengatakan zaman gelap Karla bermula ketika beliau berusia 12 tahun.

Menurut Karla, beliau berkenalan dengan seorang lelaki berumur 22 tahun dan mula berkongsi nombor telefon.

Mereka kemudian 'bercinta' dan pada satu hari, Karla mengikut lelaki tersebut untuk hidup bersama.

"Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Beliau melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah," kata Karla.

Tidak lama kemudian, Karla diperkenalkan kepada 'bapa ayam' sebelum teman lelakinya menghilangkan diri.

Karla kemudian dipaksa bekerja sebagai pelacur di Guadalajara, salah sebuah bandar tersbesar di Mexico.

Ketika berusia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi tersebut diambil oleh bapa ayam sebagai cagaran jika Karla melarikan diri.
Karla akhirnya diselamatkan semasa operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008 ketika berusia 16 tahun.

Beliau kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.

Karla berkata, sifat masyarakat yang 'tidak berbuat apa-apa' akan menyebabkan ramai lagi kanak-kanak diculik dan dirogol beribu-ribu kali.

"Kanak-kanak yang masih kecil diculik, diumpan dan dirampas dari keluarga mereka.

"Jangan dengar cakap saya sahaja. Anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya dan mula membuka mata," tegas Karla.

READ MORE- Saya Dirogol 43,200 Kali

Sunday, 8 November 2015

Edymar Martínez

Edymar Martínez lahir pada 10 julai 1995 di Puerto La Cruz, Anzoátegui, Venezuela. Edymar menyertai pertandingan Miss Venezuela di negaranya sendiri pada 9 oktober 2014. Dalam pertandingan tersebut Edymar berjaya memenangi di tempat ke dua yang membolehkan beliau mewakili negaranya dalam saingan Miss International 2015.

Pada 5 november 2015 tadi Edymar berjaya memenangi gelaran Miss International 2015 sekaligus memenangi Miss Perfect Body. Dengan kejayaan Edymar ini, Negara Venezuela telah tujuh kali memenangi gelaran Miss International sejak diadakan pada 1960.
READ MORE- Edymar Martínez

Saturday, 31 October 2015

Haigad Sin Buhangin - Lan ( MansBoyGroup )

Amun ini kalangan katagihan ku. Mag sukul ha tag kalangan ini. Lan idol takau.
READ MORE- Haigad Sin Buhangin - Lan ( MansBoyGroup )

Sunday, 25 October 2015

Anea Garcia Menang Miss Grand International 2015

Anea Garcia dari negara Dominican Republik berjaya memenangi gelaran Miss Grand International yang berlangsung sebentar tadi di thailand pada 25 October 2015.
READ MORE- Anea Garcia Menang Miss Grand International 2015

Thursday, 10 September 2015

Gembira Sangat...

Salam guys.... Hari ni Ombin gembira sangat - sangat sebab 14 hari bulan ni Ombin dah balik kampung. Rindu rasanya dengan Mak, ada keluarga semuanya.

Yg seronoknya kali ni Ombin sengaja tak beritahu dorang semua kat kampung bila tarikhnya penerbangan ombin. Biar diorang terkejut tengok Ombin tiba - tiba je dah ada kat umah. Deronok kau.....


READ MORE- Gembira Sangat...

Friday, 21 August 2015

Raya Haji Tahun Ni Dapat Balik Kampung

Salam guys....
wah terharu dan sedih akhirnya tahun ni Ombin boleh balik kampung dan dapat beraya bersama keluarga tersayang. Dah lebih setahun tak balik kampung. Last balik kampung pada raya haji juga tahun lepas.

OMG.... Macam tak percaya dapat balik. Tak sabar jumpa semua. Untuk pengetahuan uols, Ombin da booking tiket airasia kejap tadi. Harga termasuk semua barang segala bagai RM174.58. Beli 15kg untuk barang.

Happy gila. Satu lagi, kali ni macam biasa Ombin tak getau seorang pun yang Ombin akan balik kampung. Biar buat kejutan sedikit. Huhuhu.... Bestnya dapat gurau - gurau dengan mak.

Ok la guys, setakat kat sini je entry Ombin kali ni. Moga selamat semuanya.
READ MORE- Raya Haji Tahun Ni Dapat Balik Kampung

Sunday, 16 August 2015

Jom Basuh Kereta

Hai guys...
Entry kali ni sekadar suka2 je. Boring kat uma ni sorang2 sambil tengok Channel News Asia tv Singapore. Saja je nak cerita pagi tadi Ombin pegi basuh kereta dekat kedai cuci kereta area Kipmart Masai.

Kedai cuci kereta ni diusahakan oleh satu keluarga cina. Dorang semua tolong menolong tak kira lelaki perempuan terlibat sama dan memainkan peranan masing2. Seronok pulak tengok dorang buat kerja. Yang anak daranya pun turut cuci kereta.

Bayaran yang dikenakkan cuma RM10 je.

Kedai ni besebelahan dengan Restoran Ahmad Khan dan berhadapan dengan kedai Yokohama.
READ MORE- Jom Basuh Kereta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...