.

.

Monday, 3 February 2014

Tengok Wayang Filem ' From Vegas To Macau'

Salam...
Pejam celik pejam celik kita dah berada di hari ke tiga dalam bulan Februari 2014. Usia kita makin meningkat uols...

Kejap tadi lebih kurang Ombin ada tengok wayang dengan member dekat Aeon Tebrau. Pagi lebih kurang jam 6 pagi kami dah bergegas ke ofis. Than pergi makan dan barulah bertolak ke Tesco Tebrau. Kat situ kami shopping.

Lepas shopping dekat Tesco barulah kami pergi Aeon Tebrau. Bersebelahan je kan. 1st beli tiket dulu barulah kami makan dekat Food Court dia.

Filem ni memang best gila. Kelakar pun ada. Tak bosan & tak ngantuk tengok cerita ni. Ombin nak beri 4 setengah bintang.

Kat sini ada sedikit sinopsisnya
Filem keempat daripada francais "God Of Gamblers" ini menyaksikan Show Hand, seorang penggodam hebat dan Karl pergi ke Las Vegas dengan mentornya, Benz, seorang penipu yang sudah bersara untuk melawat rakan lama Benz iaitu Hendrick, yang juga kaki penipu terkenal yang telah meninggalkan masa lampaunya untuk bekerja sebagai perunding keselamatan di sebuah kasino. 

Ketika di Vegas, Show Hand telah terserempak dengan rakannya, Ken yang bekerjasama dengan Interpol untuk mengumpul bukti kesalahan Mr. Ko, seorang ketua mafia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...