.

.

Tuesday 1 July 2014

Tengok Wayang Filem Transformers: Age Of Extinction

Salam...
Salam sayang dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada pembaca blog Ombin. Semalam Ombin ada tengok wayang dekat Today Mall Ulu Tiram.

Dah tak ingat lagi filem Transformers kali ni yang ke berapa. Yang ke empat kot kalau tak silap. Filem untuk kali ni agak slow juga pada mulanya. Macam bosan gitu. Kemudian aksinya tak putus2 sampailah ke akhir ceritanya.

Pengambaran filem ini dilakukan di Chicago dan Texas, USA pada permulaannya. Tetapi pengakhirannya dekat negara China. Seronok pula dapat tengok semula bandar2 besar di China dalam filem ni. Contohnya latar tempatnya di Beijing, Guangzhou dan akhir sekali di Hong Kong. Teringat sekatika pengambaraan Ombin ketika di China pada march 2013.

So kat sini Ombin nak beri 4 bintang gitu pada filem ni.

Na.. kat bawah ni ada sedikit sinopsisnya.

Selepas empat tahun pertarungan hebat "Transformers:Dark Of The Moon" filem robot ini kembali selepas manusia berjaya mengesan kepingan logam Autobots dan Decepticons yang menghilangkan diri daripada muka bumi ini. 

Walaubagaimanapun, sekumpulan ahli perniagaan dan saintis yang bijak cuba untuk belajar daripada Transformer yang lepas dan telah menolakkan mereka untuk melakukan satu kajian teknologi luar dari batasan dan kawalan yang mana akhirnya satu kisah purba, ancaman kepada Transformer berkuasa meletakkan bumi di dalam bahaya.

Kisah epik dan pertarungan antara kejahatan dan kebaikan serta kebebasan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...