19 Ogos 2014 Ombin memulakan perjalanan ke Bangkok, Thailand. Ini perjalanan Ombin buat kali ke 2 datang Bangkok. Kali pertama dulu pada bulan April 2011. Time Tu Ombin hanya berjalan2 dekat Bangkok Thailand je. Tetapi kali ini Ombin akan menjelajah 3 buah negara sekaligus iaitu bermula dari Thailand dan seterusnya ke Cambodia serta akhir sekali ke Vietnam.
So apa lagi, Ombin naik bas dari Stesen Bas Masai ke Hentian Bas Bandar Tasik Selatan. Tambang bas RM37 sahaja. Bertolak pada pukul 11 malam. Saja je ambil perjalanan malam supaya boleh tido dalam perjalanan.
Sampai Bandar Tasik Selatan lebih kurang pukul 3 pagi. So Ombin duduk2 je la dekat area situ sementara nak tunggu siang. Sempat juga la bergambar dekat Terminal Bandar Tasik Selatan ni.
Ni la tiketnya kak kiah.
Tranggggg.... dah sampai KLIA2. Sempat juga la ambil gambar walaupun dalam keadaan tak mandi. Melekit gitu kau........
Ok... Selamat tinggal Malaysia...
Dah... Wellcome
Sekarang Ombin dah sampai dekat Don Mueang International Airport, Thailand.
Kalau anda tak nak naik teksi sebab mahal. Kita boleh naik bas je. Ni la bas nya. Macam Ombin, naik dari airport ni ke Mochit skytrain Stesen hanya dikenakan tambang 35Baht. Murah kan? So jimat le....
No comments:
Post a Comment