Wanita cantik dari Negara Cuba, Daryanne Lees berjaya memenangi gelaran Miss Grand International 2014 yang diadakan di Sukhothai, Thailand pada 7 Oktober 2014 tadi.
Miss Grand International pada tahun ini disertai 85 ratu cantik dari seluruh dunia. Kini, Miss Grand International telah mendapat sambutan dan mendapat perhatian di kalangan pengemar serta peminat setia dunia kecantikan.
Lees dilahirkan dan membesar di negara Puerto Rico dan pernah menyertai pertandingan Miss Teen Puerto Rico pada tahun 2006. Kemudian keluarganya berpindah ke Florida, USA dan seterusnya berpindah serta menetap di Cuba. Lees berjaya memenangi gelaran Ratu Cuba Grnd Interntional 2014 melayakkan beliau mewakili Cuba dalam saingan Miss Grand International 2014.
Dibelakang Lees, tempat kedua dimenangi oleh Hiwot Mamo ratu cantik negara Ethiopia. Tempat ketiga dimenangi Kathryn Kohut dari Canada dan tempat ke empat Renera Thompson dari Australia sert di tempat ke lima dimenangi oleh Monica Castaño wakil dari negara Colombia.
Untuk ketegori Special Awards pula, kesemuanya disepu bersih oleh peserta dari Asia. Anugerah Best In Media Social dimenangi oleh Mieko Takeuchi wakil dari Jepun. Manakala untuk anugerah Best In Evening Gown dimenangi peserta dari Indonesia, Margenie Winarti. Untuk Anugerah Best In Swimsuit, Parapadsorn Disdamrong dari Thailand berjaya memenanginya. Cao Thùy Linh dari Vietnam menang anugerah Best National Costume dan Tim Sreyneat Nou dari Cambodia memenangi anugerah Miss Popular Vote.
Pada acara penutup, Daryanne Lees disarungkan mahkota Miss Grand International oleh pemenang sebelumnya pada 2013 iaitu Janelee Chaparro dari negara Puerto Rico.
Susahataydayang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment