Malam ni makan roti sardin dekat Restoran Osman. Limau ais. Sejukkan badan gitu.
Maklum la sekarang ni musim panas.
Mag Panau - Panau Kita Salugai Aun Pa Kabuhi'..... Misan Miud In Pilak Ta Ha Dunya, Hika Bin Da
Malam ni makan roti sardin dekat Restoran Osman. Limau ais. Sejukkan badan gitu.
Maklum la sekarang ni musim panas.
Assalamualaikum warakmatullahi walbarakatuhu dan salam sejahtera kepada semua warga pembaca blog ombin yang dikasihi Allah sekalian.
Esok da raya puasa 2017 guys dan raya kali ni ombin beraya di Johor Bahru saja. Tahun ni Ombin tak balik kampung.
Mungkin esok Ombin akan ke Singapura beraya kat sana. Biasalah nasib perantau gitu....
Apa pun Ombin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua.... Moga raya tahun lebih bermakna buat kita semua.
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca blog ombin.
Hari ini 10 Jun 2017 adalah hari yang cukup sedih buat peminat terutama admin sendiri saat mendengarkan khabar berita tentang perginya artis kesayangan ramai Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati menemui sang pencipta.
Admin begitu meminati kerya2 beliau. Lagu 'Belah Durien' antara lagu beliau yang paling admin suka.
Sejak Julia Perez dimasukkan ke hospital akibat penyakit kanser serviks yang dideritainya, admin tak putus2 mendoakan kesembuhannya. Tiap2 hari biasanya time waktu balik kerja sekitar jam 5pm waktu Malaysia, admin akan ikuti perkembangan Julia Perez sama ada melalui laman web, blog mahupun YouTube. Mengharapkan keajaiban berlaku kepada kesembuhannya.
15 Julai 1980 engkau dilahirkan ke dunia.
10 Jun 2017 engkau kembali kepadanya.
Oh... Sungguh sedih dan pilu hati.
Semoga Allah menerima amal ibadat mu. Dan moga engkau ditempatkan bersama golongan2 yang beriman.
Julia Perez hanya tinggal kenangan. Ya Allah sedihnya...