.

.

Monday 10 September 2018

Phuket, Thailand

Salaam guys... 

Sekarang ni Ombin tengah berahat2 dalam hostel. 

Siang tadi kami bertolak dari Hatyai dalam jam lebih kurang 10am. Tambang bas 335 BAHT.



Perjalanan sangat2 la jauh. Katanya ambil masa lebih kurang tujuh jam. Tapi sebenarnya ambil masa lebih kurang sembilan jam juga sebab jalan sesak lepas sahaja Sarasin bridge. 

Untuk perjalanan kami hari ni, bas yang kami naiki iaitu Sri Trang telah menempuh tiga sekatan jalan raya oleh pihat berkuasa Thailand.  

Kenangan gitu you all... Sebaik melalui Jambatan Sarasin iaitu jambatan yang menghubungkan tanah besar Thailand dengan Pulau Phuket, bas kami diberhentikan dan kami semua diperiksa satu persatu. Beg - beg kami semua disuruh buka dan diperiksa. 

Sampai dekat Terminal dua Bas Phuket, kami naik grab ke hostel kami. Harganya 710 BAHT.
okay guys, Ombin dah ngantuk... Good night...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...