.

.

Tuesday, 29 October 2019

Dinner dekat Restoran Habib, Bandar Seri Alam, Masai

Salam guys....
Malam ini Ombin dinner dekat restoran Habib yang letaknya dekat Bandar Seri Alam, Masai.

Ombin order Ais kosong, Teh O Ais Limau dan Mee Goreng Mamak...
Emmmmmm... Dapnya....

Sambil2 tu kita tengok2 la bola speak perlawana antara Mexico dan Paraguay....

Jemput makan guys.....

READ MORE- Dinner dekat Restoran Habib, Bandar Seri Alam, Masai

Thursday, 24 October 2019

Anak Nanona Menghadap Sang Penciptanya

Salam guys...
Khabar sedih pula hari ni sebab meow kecil yang baru lahir pada 26 ogos 2019 hari tu telah menghadap sang penciptanya.

Pagi tadi dan lepas saya balik dari mengeteh dalam jam 9 lebih tadi elok je dia. Siap Ombin gurau2 lagi dengan dia.

Lepas kemas2 kat dapur meow kecil ni belum menunjukkan yang dia tu nak pergi. Cuma dia berbaring bawa almari buku.

Time berehat2 dalam bilik, kedengaran ibu nya mengeow dari luar.  Sekalinya Ombin keluar anak nya tengah nazak. Pelik bin ajaib.

Sedih tu memang ada sebab dia sebenarnya anak tunggal kepada nanona. Nanona ni ibu dia yang usianya cuma lebih 1 tahun.

Sedih guys sebab Ombin pun belum sempat berikan dia nama sebabnya dia masih kecil. Ombin pun masih tak pasti jentinanya sebab tu belum letak nama.

Ni semua koleksi gambar2 dia yang sempat Ombin rakam time dia dengan mak dia rehat2 kemana mana pun berdua. 😍😘😭😭😭😭😭😭😭

26 Ogos 2019 ( 11 pagi ) - 24 Oktober 2019 ( 11 Malam )
READ MORE- Anak Nanona Menghadap Sang Penciptanya

Tuesday, 15 October 2019

Warung Kopi Johan, Kuala Rompin, Pahang

Hai guys....
Ombin dah on the way balik Johor Bahru setelah 3 hari bercuti di Kuantan,  Padang.

So Ombin singgah makan tengah hari dekat Warung Kopi Johan ni. masakannya berasaskan masakan Negeri Kelantan katanya.

Banyak jenis lauk pauk dia. Murah juga la. So kalau korang lalu atau buat perjalanan dari Johor ke Kuantan sudi - sudikan la singgah kat Warung ni. Hari ini makanan Ombin berharga cuma RM7. Murah Kan....


READ MORE- Warung Kopi Johan, Kuala Rompin, Pahang

Monday, 14 October 2019

Rocana Hotel Kuantan, Pahang

Hello guys... Kali ni Ombin bercuti di Kuantan, Pahang. 3 hari 2 malam guys kat sini.

Ombin menghinap dekat Rocana Hotel. Hotel ni 3 bintang dan harganya untuk 1 malam RM203. Total RM406 untuk 2 malam. Tapi tu termasuk breakfast ok guys....

Staff dia friendly dan bilik hotelnya bersih. Suka suka suka......

Hotel Rocana ni guys betul - betul berdepan dengan Kuantan City Mall 😍🤣👍
READ MORE- Rocana Hotel Kuantan, Pahang

Restaurant Sambalado Kuantan

Guys... Tengahari tadi Ombin makan dekat Restaurant Sambalado yang letaknya bersebelahan je dengan Kuantan City Mall dekat Kuantan, Pahang ni.

Hari ni Ombin hari ke dua kat Kuantan. Walaupun cuaca hari ni panas tetapi best sebab selesai je makan terus boleh bersejuk - sejuk dalam Kuantan City Mall.

Ombin makan nasi putih dan rendang ayam je. Rendang ni sebenarnya makanan favorite Ombin. Air Ombin minta ais kosong je.

Kedai ni makanan dia berasaskan makanan Indonesia ok. Harga semua RM6 je. Murah kan?

So kalau datang Kuantan, Pahang jangan lupa berkunjung ke sini ok

READ MORE- Restaurant Sambalado Kuantan

Caff'e Bene @ Kuantan City Mall

Hello guys...
Petang  ni Ombin minum2 petang dekat Caff'e Bene dekat Kuantan City Mall  ni. Letaknya dekat level G je.

Ombin order Rose Latte Macchiato sejuk dan saiz besar dengan harga RM16.05

Caff'e ni bermaksud kopi dan Bene pula bermaksud bagus dalam bahasa Italy. So Caff'e Bene barmaksud kopi yang bagus.

Caff'e Bene ni kedai pertama kali di buka dekat Korea Selatan dan baru la dia melebarkan sayapnya ke serata dunia.


READ MORE- Caff'e Bene @ Kuantan City Mall

Thursday, 10 October 2019

Malaysia Vs Vietnam Kelayakan Piala Dunia

Malam ni Ombin tengok Malaysia lawan Vietnam untuk kelayakan Piala Dunia. Malam ini 10 October 2019 k...

Sambil2 tu kita order la nan biasa dan teh O limau panas.

Sebelumnya tadi pergi kedai Eco dekat U Central Masai. Untuk pengetahuan you all kedai eco dekat U Central Masai ni adalah kedai eco yang paling terbesar di negeri Johor.

Tadi belanja2 semua dalam eco RM42 sahaja.
READ MORE- Malaysia Vs Vietnam Kelayakan Piala Dunia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...