.

.

Wednesday, 3 January 2024

Pemenang Big Four Kontes Kecantikan Dunia

Berikut antara negara yang berjaya memenangi kontes kecantikan dunia bagi empat kontes kecantikan terbesar di dunia. Antaranya Miss Universe, Miss World, Miss International dan Miss Earth.

Hebat guys negara - negara ni sebab di setiap kontes kecantikan ini mereka sudah pun berjaya memenangi gelaran.


Antaranya:

Ranking 1 Brazil

Negara brazil satu - satunya negara yang pertama sekali melangkapkan senarai pemenang bagi setiap kontes kecantikan terbesar di dunia atau 'Big Four'

Miss World 1971, Lúcia Petterle memenangi gelaran itu dan sampai sekarang beliau menjadi satu - satunya orang brazil yang menang gelaran ini.

Miss Universe, Brazil Menang 2 gelaran iaitu pada tahun 1963 Iêda Maria Vargas dan 1968 Martha Vasconcellos.

Miss International, Brazil menang 1 gelaran pada tahun 1968 melalui Maria Carvalho. Tahun 1968 ini tahun bertuah buat Brazil kerana berjaya memenangi 2 gelaran iaitu mereka menang Miss Universe 1968 dan Miss International 1968. Hebat kan dorang?

Miss Earth, Brazil menang dua gelaran Miss Earth iaitu pada tahun 2004 Priscilla Meirelles dan pada 2009 melalui Larissa Ramos



Ranking 2 Venezuela

Untuk pengetahuan korang, negara Venezuela digelar sebagai pengilang wanita cantik atau ratu cantik dunia. Negara Venezuela satu - satunya negara yang banyak memenangi pelbagai mahkota kecantikan samada wanita ataupun lelaki. Sehingga kini Venezuela masih mengekalkan kedudukan sebagai negara nombor satu di dunia yang paling banyak menang kontes kecantikan dunia.

Miss World. 1955 Susana Duijm, 1981 Pilin León, 1984 Astrid Carolina Herrera, 1991 Ninibeth Beatriz Leal Jiménez, 1995 Jacqueline Aguilera dan 2011 Ivian Sarcos. Hebatkan doran dah menang 6 kali gelaran Miss World.

Miss Universe. 1979 Maritza Sayalero, 1981 Irene Sáez, 1986 Bárbara Palacios, 1996 Alicia Machado, 2008 Dayana Mendoz, 2009 Stefanía Fernández, dan 2013 Gabriela Isler. Sejarah telah tercipta dimana hanya negara Venezuela yang berjara menang gelaran 2 tahun berturut - turun atau 'Back to Back' iaitu pada tahun 2008 dan 2009.

Miss International. 1985 Nina Sicilia, 1997 Consuelo Adler, 2000 Vivian Urdaneta, 2003 Goizeder Azúa, 2006 Daniela di Giacomo, 2010 Elizabeth Mosquera, 2015 Elizabeth Mosquera, 2018 Mariem Velazco dan 2023 Andrea Rubio. Venezuela menang 9 kali gelaran Miss International guys.....

Miss Earth. Venezuela menang dua gelaran juga guys pada tahun 2005 Alexandra Braun dan 2013 Alyz Henrich. So hebat kan negara Venezuela dalam kontes kecantikan.


Ranking 3 Philippines

Negara Filipina menjadi negara ke tiga yang berjaya melengkapi 'big four' pada tahun 2013 di mana Philippines pertama kali menang gelaran Miss World.

Miss World 2013 Megan Young satu - satunya rakyat Pilipina memenangi gelaran Miss World.

Miss Universe 1969 Gloria Diaz, 1973 Margie Moran, 2015 Pia Wurtzbach dan 2018 Catriona Gray.

Miss International 1964 Gemma Cruz, 1970 Aurora Pijuan, 1979 Melanie Marquez, 2005 Lara Quigaman, 2013 Bea Santiago dan 2016 Kylie Verzosa.

Miss Earth 2008 Karla Henry, 2014 Jamie Herrell, 2015 Angelia Ong dan 2017 Karen Ibasco.

Negara Pilipina satu - satunya negara di benua asia yang menjadi saingan hebat dalam dunia kecantikan. Hebat...



Ranking 4 Puerto Rico

Miss World 1975 Wilnelia Merced dan 2016 Stephanie Del Valle.

Miss Universe 1970 Marisol Malaret, 1985 Deborah Carthy-Deu, 1993 Dayanara Torres, 2001 Denise Quiñones dan 2006 Zuleyka Rivera.

Miss International 1987 Laurie Simpson dan 2014 Valerie Hernandez.

Miss Earth 2020 Nellys Pimentel pertama kali Puerto Rico menang sekaligus melengkapi ranking 'big four'



Ranking 5 USA

Miss World 1973 Marjorie Wallace, 1990 Gina Tolleson dan 2010 Alexandria Mills.

Miss Universe 1954 Miriam Stevenson, 1956 Carol Morris, 1960 Linda Bement, 1967 Sylvia Hitchcock, 1980 Shawn Weatherly, 1995 Chelsi Smith, 1997 Brook Lee, 2012 Olivia Culpo dan 2022 R'Bonney Gabriel

Miss International 1974 Brucene Smith, 1978 Katherine Ruth  dan 1982 Christie Claridge.

Miss Earth 2020 Lindsey Coffey


So itu dia guys info - info yang saya sempat update buat korang yang suka mencari infomasi tentang dunia beauty pagants. Kalau ada kekurangan jangan lupa tulis dalam ruang komen. Thanks......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...