.

.

Tuesday, 23 October 2012

SM Mall Of Asia, Pasay City

Entry Ombin kali ini nak cerita sikit pasal SM Mall Of Asia iaitu antara 10 pusat beli belah yang terbesar di dunia. Mana tak besarnya, keluasannya sahaja ialah 148 ekar ( 60 Hektar )
Tengok tu, jauh kan nak berjalan ke arah hujung sana. Kat sebelah sana tu bahagian sebelah kanan dari pintu utama.
Yang ni pulak bahagian sebelah kiri. Kat sebelah kiri bangunan Mall Of Asia ni terletak 1 lagi bangunan besar yang di namakan Mall Of Asia Arena.

Ni tempat parking Jeepney. Jeepney ni sebenarnya merupakan pengangkutan utama kat Manila ni. So kat mana2 kita akan nampak benda alah ni.

Bangunan kat belakang tu la nama nya Mall Of Asia Arena. Pada 24 November 2012 ni  kat sini la di adakan pertandingan Ratu Cantik Earth 2012 atau Miss Earth 2012. Sedih pun ada juga coz tak dapat nengok secara LIVE.
Yang ni pulak parking area dia.


Kat depan SM Mall Of Asia ni ada bulatan Bay Boulevard. Dari jauh lagi anda akan nampak globe tu. Bermakna anda sudah tiba di SM Mall Of Asia.

SM Mall Of Asia ni dibuka secara rasminya pada 2006 dan mempunyai restoran dan bars yang tak terkira banyaknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...