Handsome tak Ombin? ada aku kesah? Tentu korang tengok muka Ombin tenang je kan? Sebenarnya kat sebelah kiri gue tu ada 4 lorong lebuh raya Epifanio de los Santos Avenue atau singkatannya EDSA. Dengan panasnya, bunyi bising hon kenderaan yang bertalu - talu dan habuk berterbangan, sempat juga gue berposing.
Senyum punya senyum, aku dah tak larat nak senyum. Hahahaha...
Ceritanya begini, Sekarang Ombin berada di Terminal Bas Victory Liner yang akan membawa penumpang menuju ke kawasan2 sebelah utara Pulau Luzon seperti yang tertera dekat gambar tu.
Ni la rupa bentuk Terminal dia dekat Pasay City ni. Victory Liner ni ada 4 lagi terminal di Metropolitan Manila. Untuk pengetahuan uols, dekat Manila ni, 1 terminal hanya untuk 1 syarikat bas. Selain daripada syarikat Victory Liner ada juga syarikat seperti Philippines Rabbit, Dagupan, Baliwag Transit, Five Star Bus Line yang kesemuanya menuju ke kawasan2 utara Pulau Luzon.
Kalau di Malaysia, 1 terminal bas memuatkan berpuluh2 syarikat bas di tempat yang sama.Tapi di sini berbeza.
Ni pemandangan pintu masuk utama ke terminal Victory Liner.
Bas yang Ombin naik akan bertolak pada jam 1:30pm. Harga tiket bas yang Ombin beli di kaunter berharga 150 Peso. Ombin daripada Pasay City nak ke Dau Terminal di Angeles City. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam 30 minit dan akan melalui Lebuhraya North Luzon Expressway
( NLEX )
Ombin bermalam di Tune Hotel Angeles City, sebab dari Angeles City dekat nak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Diosdado Macapagal di Clark.
Esok Ombin dah balik Malaysia. Tak sabar nak makan Junai, Asam Pedas, Kilau ikan. Rindu sangat2 kat kereta dan bantal busuk kat umah.
No comments:
Post a Comment