Ibu bapa di Korea Utara didakwa memakan anak mereka bagi mengelak kebuluran, dakwa saksi semalam.
Baru-baru ini, katanya, seorang bapa ditembak mati pihak berkuasa di
Hwanghae Selatan kerana membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan.
Saksi berkata, lelaki terbabit menawarkan daging itu kepada isterinya
apabila wanita terbabit kembali daripada urusan luar. “Ada kemungkinan
kejadian seumpama itu berlaku di tempat lain di Korea Utara,” katanya.
Akhbar
Sunday Times diberitahu, sekumpulan wartawan menyamar sempat merakamkan
insiden mengerikan di negara itu. Antaranya, seorang lelaki menggali
kubur cucunya untuk dimakan, manakala di daerah Chongdan, ada individu
merebus anak sendiri untuk dimakan dagingnya.
Ribuan penduduk Korea
Utara dikhuatiri kebuluran ketika pemimpin mereka, Kim Jong-Un terus
menikmati hidangan mewah. Sumber berkata, lebih 10,000 orang mungkin
mati akibat kebuluran di Pyongyang saja kerana bekalan makanan amat
terhad untuk digunakan. - TS
# Mag lulugai in tahun, ginisan na in mag datung pa manusia. Tanda na hatiku sin masu'uk na in kiamat