.

.

Sunday 6 January 2013

Cerita & Keputusan Penuh AJL 27

Pembukaan Anugerah Juara Lagu ke 27. Persembahan pembukaan oleh Misha Omar dengan lagu Bunga - Bunga Cinta. Then akak Ziana kita dengan lagu Fatalistik dan akhir sekali alunan lagu Anti Graviti nyanyian Faizal Tahir.

Gandingan Faizal Ismail & Sheril Samad sebagai pengacara.

Start Bertanding:
Lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira persembahan pertama. ( sedih tengok Aaron Aziz nangis )
OMG... best sangat2 persembahan dorang dengan kehadiran Aaron Aziz di akhir persembahan lagu Ombak Rindu. Siap Aaron Aziz angkat Adira. Kelaz gitu...

Persembahan kedua pula adalah Shila Amzah dengan lagu Patah Seribu.

Persembahan ketiga lagu berjudul Simetri nyanyian Hazama & Amy Seach. Persembahan yang hebat.

Iklan...
Ombin siap ada 1 pinggan nasi goreng dan ais teh depan tv. Tak nak ketinggalan k...

Sambung lagi.
Lagu seterusnya Idola nyanyian Azlan & the Typewriter.
Tu dia... Pelangi Senja nyanyian Puteri Tari Malaysia siapa lagi kalau bukan Stacy. Suka dengan persembahan Stacy.
Next... Lagu dendangan Bed Room Sentuary.

Then gue tertidur....

Apa pun ni keputusan AJL 27:

Lagu Ombak Rindu menang Juara Anugerah Mobile Celcom.

Juara Lagu - Terukir Di Bintang ( ciptaan sepenuhnya Yuna dan  disampaikan oleh Aizat Amdan )

Naib Juara -  Idola ( ciptaan Audi Mok dan Azlan yang disampaikan Azlan and The Typewriter )

Ke Tiga - Ku Akui ( Hafiz yang dicipta komposer terkenal Ajai )

Vokal Terbaik - Hafiz ( Menerusi lagu Ku Akui )

Persembahan Terbaik - Black dan RJ dalam menyampaikan lagu Teman Pengganti dipilih penonton sebagai Persembahan Terbaik.

Tahniah la pada yang menang. Lastly tahniah kepada Hafiz coz dah 3 kali berturut - turut menang Vokal Terbaik dalam Juara Lagu. Hafiz mencipta sejarahnya tersendiri. Go hafiz go....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...