Ratu cantik dari negara Venezuela berjaya memenangi gelaran Miss Universe 2013 pada tahun ini. María Gabriela Isler 25 tahun dari Maracay, Venezuela berjaya merampas semula gelaran itu dari Olivia Culpo ratu cantik Amerika Syarikat yang memenangi gelaran itu pada tahun 2012.
Selain María Gabriela Isler, Tempat ke dua dimenangi ratu cantik dari Spain Patricia Rodríguez. Di tempat ke tiga, Constanza Báez dari Ecuador. Manakala peserta dari Filipina, Ariella Arida ditempat ke empat dan Jakelyne Oliveira dari Brazil ditempat ke lima.
Selain Ariella Arida dari Filipina, Tiga lagi wakil dari Asia berjaya melayakkan diri dalam Top 16 iaitu Manasi Moghe dari India, Jin Ye dari China dan Whulandary Herman dari Indonesia.
No comments:
Post a Comment