.

.

Saturday 11 January 2014

46 buah kenderaan berlanggar di lebuh raya

Idaho - Sebanyak 46 buah kenderaan berlanggar dalam nahas di lebuh raya Intersate 84 yang turut melibatkan sebuah lori membawa muatan balak di sini kelmarin.

Jurucakap Polis Negeri Idaho di Amerika Syarikat, Teresa Baker berkata, nahas itu berlaku semasa beberapa orang kakitangan perkhidmatan kecemasan cuba untuk membuang serpihan satu lagi nahas di lebuh raya tersebut.

Menurutnya, seorang pemandu sebuah kereta Subaru yang berwarna hitam cuba untuk memasuki lorong kanan tetapi ia melanggar sebuah lagi kereta Subaru berwarna perak.

Sebuah lori yang membawa muatan balak kemudian merempuh kereta Subaru berwarna hitam itu.
Empat buah treler kemudian turut terlibat dalam nahas itu bersama dengan kenderaan lain.
Menurut Baker, sebanyak 10 orang cedera dalam nahas tersebut. - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...