.

.

Wednesday 8 January 2014

Lagi Ratu Cantik Venezuela Meninggal Dunia - Mónica Spear

Satu lagi berita menyedihkan terutama dikalangan peminat pertandingan kecantikan dunia apabila ratu negara Venezuela, Mónica Spear Mootz meninggal dunia pada 6 januari 2014 tadi.

Spear yang menetap di Miami, Amerika Syarikat, bercuti di Venezuela bersama suaminya Thomas Henry Berry bersama anak perempuan mereka yang baru berusia lima tahun.

Perompak bersenjata melepaskan tembakan ke arah kereta Spear sehingga kereta mereka mengalami kerosakan ketika melalui lebuhraya di negeri Carabobo Venezuela.

Spear bersama suaminya ditembak mati manakala anak mereka ditembak di kaki yang kini sedang dirawat di Hospital lapor pihak berkuasa. Motif kes adalah rompakan.

Spear memenangi Miss Venezuela pada tahun 2004 dan menyertai Miss Universe pada tahun 2005 serta berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima sekaligus berada di tempat 4th Runner Up.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...