.

.

Thursday 1 May 2014

Tengok Wayang Filem Brick Mansions

Salam pagi buat semua,
Ombin nak ucapkan selamat bercuti sempena Hari Pekerja hari ini. Semalam Ombin tengok wayang filem Brick Mansions penampilan terakhir actor kacak Paul Walker sebelum maut akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. 
Ni Sedikit Sinopsisnya
Sebuah filem versi baru daripada filem aksi Perancis "District 13" arahan Camille Delamarre mengisahkan kumpulan ghetto paling teruk iaitu Brick Mansions. 

Dikawal oleh ketua jenayah tidak berperikemanusiaan, seorang pemuda nekad untuk menjatuhkannya. Apabila ketua jenayah tersebut membalas dengan menculik kakaknya, pemuda tersebut cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana dikhianati sehingga menyebabkannya dipenjarakan. 

Enam bulan kemudian, seorang polis samaran bernama Damien diberi satu misi penting. Satu bom neutron yang mempunyai fungsi masa automatik dan akan meletup kurang daripada 24 jam telah dicuri oleh ketua jenayah tersebut.

 Oleh kerana masa yang suntuk, Damien dan pemuda tersebut perlu bekerjasama bagi menghentikan bom tersebut.

Selamat Menonton...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...