.

.

Saturday 31 May 2014

Tengok Wayang Filem Edge Of Tomorrow

Salam Uols...
Malam tadi Ombin ada tengok filem Edge Of Tomorrow dekat Today Mall Ulu Tiram. Cerita filem ni biasa je. Fisrt tu pening juga dengan jalan ceritanya coz asyik diulang - ulang je.

Apapun nak beri tiga bintang je kat filem ni.
Ni sedikit Sinopsisnya
Leftanan Kol. William "Bill" Cage (Tom Cruise) dan Angkatan Tentera Khas Rita Vrataski (Emily Blunt) diarahkan untuk bekerjasama dalam misi menentang bangsa alien yang dikenali sebagai Mimics.

Mereka terpaksa berlawan dan mati berulang-ulang kali dalam kehidupan realiti dan fantasi. Cage pada awalnya merupakan pegawai yang tidak pernah menerima latihan ketenteraan terjerumus dalam misi bahaya. 

Terperangkap dalam relung masa, dari masa ke semasa skil dan kemahiran menghadapi musuh semakin meningkat. Rita Vrataski telah berjaya membuatkan Cage pandai mengeksplotasi terhadap pertukaran fantasi dan realiti.

Setiap pertemuan kembali berulang sehingga mereka semakin dekat dalam menewaskan musuh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...