.

.

Friday, 24 June 2016

Selamat Menyambut Bulan Puasa 2016

 Gambar raya puasa 2015 lepas



Salam guys....

Dikesempatan ini admin ingin mengucaokan selamat berpuasa kepada semua umat muslim di seluruh dunia khasnya pada masyarakat islam di Malaysia.

Pejam celik pejam celik dah masuk hari yang ke 19 masyarakat islam berpuasa.

Rindunya pada kampung halaman. Ombin tak dapat balik kampung nak sambut raya puasa bersama family yang di rindui. Sedih engkau....

Tapi tak mengapa yang penting kita jangan lupakan mereka di kampung.
READ MORE- Selamat Menyambut Bulan Puasa 2016

Saturday, 11 June 2016

Berjaya Kurus?

Salam guys...
Hari ini Ombin belanja korang satu gambar yang menampakkan dah Ombin da sedikit kurus.

Sebelum ini Ombin nampak berisi dengan berat badan 84kg. Time tu down sangat2. Hingga kan rasa malu nak keluar rumah. Nak jumpa kawan2 pun terasa rendah diri.

Bila berat badan seperti itu, mula la Ombin bersenam bagai nak rak. Pagi dan petang jogging. Perasaan ingun kurus time tu membuak - buak. Permulaannya semangat tapi lama kelamaan bosan bersenam sebab tiap kali timbang berat badan tiada perubahan. Penat je time tu.

Bosan dengan senaman. Ombin beralih pada pil2 atau ubat2 kurus. Bermacam2 jenis jenama dah cuba tapi tiada kesan.  Akhirnya sekali lagi Ombin hilang semangat nak telah pelbagai produk kurus.

Last sekali Ombin ambil keputusan untuk tumpuhkan sepenuhnya pada kerjaya dan jaga pemakanan. Akhirnya, dari pada berat Ombin 84kg turun ke 74kg. Pada bulan february 2016 tadi bila timbang, berat Ombin tinggal 69kg dan baru2  ni 2 June 2016 berat ombin tinggal 67kg.

Syukur dan happy sangat2. Tanpa guna produk kurus, Ombin berjaya turunkan berat badan. Pemakanan itu penting ok.


READ MORE- Berjaya Kurus?

Tuesday, 7 June 2016

Demam atau kena Tegur?

Salam Guys....
Saja je nak di jadikan cerita.
Pada hari ahad lepas 3 june 2016. Ombin OT time tu. Mesin yang jalan satu je. So tak ramai pekerja yang di perlukan. Untuk bahagian QA Ombin berdua je dengan kak Ju. Untuk bahagian prod pula hanya beberapa orang je.

Time petang lebih kurang 5pm aku pergi toilet. Suasana time tu agak gelap sedikit kat luar coz hari macam nak hujan.

Aku masuk bilik air dengan tak tutup pintu sebab tak de pun orang time tu kat dalam toilet. Maklum la tak ramai yang kerja.

Time aku kencing tu terasa seram pulak. Berdiri bulu roma aku time tu nak - nak di bahagian tengkuk. Time tu aku dapat rasakan yang ada something tengah memerhati aku. Aku biarkan je.

Setelah selesai, aku kembali masuk ke bahagian prod untuk mendapatkan Kak Ju. Time tu la badan aku dah mula rasa sejuk dan tak sihat.

Sampai kat rumah aku terus menggigil kesejukan. Takut juga kena tegur oleh benda2 halus kat kilang tadi.

Dari 3 hinggah la hari ni 7 june 2016 aku masih duduk rumah. Tak sihat. Kepala sakit. Badan sejuk dan rasa macam nak muntah pun ada.
READ MORE- Demam atau kena Tegur?

Saturday, 4 June 2016

Bersama Otai PCA

Hari ini penat bekerja sebab Ombin sorang je ipqc yang datang. Yang lain2 bercuti. So Ombin kena cover sampai 5 line.

Tapi kadang kalau kita berkerja tanpa gangguan orang lain kita rasa tenang je buat kerja. Tak sama dengan ada kawan yang lain kalau cuma malas buat kerja n kerja memerhati je.  Syukur sebab semuanya berjalan dengan lancar sampai waktu balik.

Sebelum waktu balik, sempat bergambar dengan kawan lama atau otai ipqc.
READ MORE- Bersama Otai PCA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...