Hello guys....
Hari ni Ombin menyaksikan final night for Miss Universe 2018 yang berlangsung di negara Thailand sebagai tuan rumah untuk pertandingan ratu kecantikan nombor satu di dunia itu.
Jam lapan pagi siaran secara live di media sosial facebook bermula di mana ratu dari negara Amerika Syarikat, Belgium, Indonesia, Australia, United Kingdom, Brazil, Ireland, Jamaica, Hungary berjaya meluluskan diri ke tahap top 20. Manakala ratu dari negara Poland turut berjaya melayakkan diri ke top 20 buat kali pertamanya.
Unuk top 10 pula, semua peserta yang berjaya melayakkan diri ke top 20 semifinalist telah di saring dengan memperkenalkan diri dan tujuan mereka untuk menyertai Miss Universe dan apakah harapan yang bakal mereka bawa pada akan datang apabila memenangi pertandingan ini.
Antara yang berjaya tembus ke top sepuluh antaranya ratu dari Nepal, Canada, Curacao, Costa Rica dan ratu tuan rumah Thailand turut layak sebelum sangkut ke top lima. Mereka dinilai melalui persembahan peragaan gaun malan dan pakaian dalam.
Ratu Puerto Rico, Kiara Ortega berjaya melayakkan diri ke top lima pada tahun ini. Dan untuk pertama kalinya negara Vietnam, H'Hen Niê berjaya memasuki top lima bersama Puerto Rico.
Catriona Gray dari negara Philippines telah berjaya memenangi gelaran Miss Universe dengan mengalahkan pesaing terdekatnya Tamaryn Green dari negara South Africa di tempat ke dua dan Sthefany Gutiérrez dari negara pengilang ratu cantik dunia Venezuela di tempat ke tiga.
Sekali lagi tahniah kepada Catriona Gray kerana berjaya memenangi gelaran Miss Universe tahun ini.
Date: 17 December 2018
No comments:
Post a Comment