.

.

Friday 3 August 2012

TOTAL RECALL

Hello uols...
Semalam 2 Ogos 2012 Ombin ada tengok wayang bersama member2. Kami tengok pukul 10:30pm dekat GSC Pelangi.

Nak dijadikan ceta, Time kami sampai dekat kaunter tiket ada la dalam sepuluh orang tengah berbaris nak beli tiket. Kebetulan pulak semalam ( 2 Ogos 2012 ) filem ni 1st tayangan dia. Ada juga dalam 5 minit menunggu. Tak berganjak barisan kita orang. Ingat kan apa. La rupa2nya komputer down. Omg... patut la. So abg dekat kaunter tiket tu just cop kertas tiket seperti dalam gambar.

Dipendekkan ceta, Kami pun di arahkan masuk pintu 4. Best sangat2 cerita dia sebaik saja kami masuk n duduk. Nengok Colin Farrell beraksi dengan hebat teringat Ombin pada video dia bersama Nicole Narain. Astaga merepek apa aku ni. Bulan puasa x elok k...

Funny sangat2. Kami masuk bilik 4 tu dah start dari babak ni ( dlm gambar ) time Colin farrell nak di update ingatannya. Dlm beberapa minit kemudian dah habis ceritanya. Ye ke ni? Semua penonton dah berjalan keluar. Cuma kami dan 6 orang chinese yg masih terpinga2 kat tempat duduk. So Ombin tak puas hati la coz filem ni 2 jam masa tayangan dia.

Ombin pun tanya abg yg berkawal dekat pintu keluar. Astaga... Abg tu getau bahawa tiket yg cuma di cop tu kena masuk bilik 2. La pulak... So kami semua pun bergagas la masuk pintu 2. ( Marah sangat2 time tu termasuk la 6 orang chinese tu )

 
Time kami masuk pintu 2 dah start la pulak dekat sini ( dlm gambar )
Dah tunggang langgang jadinya. Sabar saja la labu...
So bila dah sampai babak yg kami dah tonton dekat bilik 4 tadi, kami pun keluar dari panggung. Jam dekat tangan Ombin menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Nak balik Pasir Gudang.

Filem ni best sangat2. Ceritanya pada tahun 2084 iaitu selepas perang dunia ke 3. Kononnya la. So korang tengok la sendiri k klu nak tahu ceritannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...