MAKSYUK menggunting rambut dengan matanya ditutup di salunnya di Sevastopol pada Isnin lalu.
SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk
menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan
wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap.
Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. - AFP