.

.

Friday 1 February 2013

Kenalkan Kucing Baru Kita

Kenalkan kucing baru Ombin. Hari ahad lepas Ombin bersenam dekat Tasik Layang2 di Pasir Gudang. Kucing ni ikut Ombin dari belakang. Sian tengok dia. So Ombin masukkan dia dalam kereta n sambung lagi bersenam.

Lepas senam bila Ombin buka pintu keta kucing ni tido kat tempat duduk belakang. Comel je dia. Dia tak takut duduk dalam keta. Tak macam kucing2 lain.

Agaknya kucing ni orang buang kat kawan tasik tu. Banyak juga kucing2 yang cantik dekat tasik tu tapi cuma ni yg berkenan nak bela dia.

Gue namakan dia si Putih.
Baru lepas mandi. C Putih Ombin mandikan dia tiap hari jumaat. Dia ni suka duduk dekat pintu bilik mandi sambil mengesat2 bulu dia.

Tengok aksi dia tido. Dia ni manja sangat2. Tiap pagi sekitar jam 5am dia mengiow masuk dalam bilik tido Ombin. Nak bangunkan tuan dia agaknya. C Putih ni bebas tido n bergerak dalam rumah. Saja tak beli sangkar coz  Ombin lebih suka tengok dia bebas bergerak dalam rumah.



Tu gambar dia tengah bersenam kat bawa rumah. Biasanya kalau ada masa free Ombin bawa dia turun bawah untuk dia bersenam, hidu2 rumput & others... Mungkin dia bosan juga duduk berkurung dalam rumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...