.

.

Monday, 29 April 2013

Jom Mendaki Tembok Besar China

Salam semuanya...
Bangun awal pagi lebih kurang jam 6am. Lepas bersiap Ombin keluar dari hostel sekitar 9am sebab Ombin nak pergi Tembok Besar China.

Hostel Ombin dekat Beijing terletak area Hepingmmen Station. Dari station ni kita kena turun dekat Xizhimen Station. So dekat Xizhimen station pula kita kena Exit dekat Beijing North Railway Satation.

Ni la bangunan Beijing North Railway Station.

Yang ni pula tiket yang kita kena beli untuk ke Badaling Station. Naik keretapi ok... Harga tiket 6 Yuan setiap seorang. Tanya je orang2 kat situ. Harap2 la ada yang reti berbahasa inggeris.

Peringatan: Setelah kita melepasi pemeriksaan tiket untuk masuk keretapi. ( Balai pelepasan tu agak jauh sikit dari keretapi ok ) Kalau boleh korang berlarilah sekuat mana sebab keretapi yang nak pergi ke Badaling Station ni akan penuh. Tempat duduk adalah bebas. Lepas tu lebih kurang 2 jam ambil masa perjalanan untuk ke Badaling station.( Tembok Besar China ni terletak dekat Badaling Station )

Pengalaman Ombin terpaksa berdiri sepanjang perjalanan ke Badaling. So lari laju sikit supaya korang dapat tempat duduk.

Selamat datang ke Great Wall, China.

Kena jalan kaki 800 meter ke pintu masuk Tembok Besar.

Ni la tiket dia. Harga 1 tiket 45 Yuan.

Korang ikut arah north side untuk mendaki tembok sampai ke manara 8.

Hebat sangat2 wall ni.

Tak ya cerita tentang sejarah Great Wall ni ok sebab mesti korang semua dah tahu.

Memang letih mendaki tembok ni. Matahari memancar terang, tapi suhu sekeliling tetap sejuk.

Yang ni pula menara ke 5. Macam dah tak larat dah nak daki. Tapi Ombin tetap teruskan juga pendakian.

Tengok tu... tinggi sangat. Sian makcik2 ni.

Cantik suasana dia.

Hello uols... Sekarang ni Ombin dah berjaya daki menara yang ke 8. Tu dia menara ke 8. Orang ramai tak lepaskan peluang bergambar depan menara ke 8 ni. Katanya kat menara ke 8 ni terdapat kata - kata keramat Pengasas Komunis China iaitu Mao Zedong. Tak tau la sebab dekat wall menara ke 8 tu hanya terdapat tulisan cina. So Ombin tak faham.

Walaupun sejuk, ambil gambar juga buka baju tebal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...