.

.

Monday, 29 April 2013

Naik Keretapi dari Xi'an ke Beijing

Bertemu kambali...
Selamat tinggal Xi'an katanya. Seterusnya Ombin bergerak ke Beijing pula. Kat atas ni tiket keretapi dia. Tambang 288.50 Yuan.

Antara suasana dekat platform 6 di railway terminal Xi.an

1 bilik menunggu je dah terlalu luas. Tak pernah nampak kat Malaysia macam ni.

Tengok tu, lebih kurang 2 jam sebelum keretapi bergerak dah terlalu sesak dekat platform 6. Siap bawa bendera merah.

Dah selesai bersesak dakat platform 6. Sekarang Ombin dah berada dalam keretapi. 2 pasangan warga cina ni tak faham bahasa inggeris. So Ombin buat bodoh je. Kebetulan dorang ni booking katil yang sama bersebelahan dengan Ombin. 1st tu ada juga cubaan nak bersembang dengan dorang ni tapi melihatkan tak de respon aku buat dok je. Malas nak signal semua ni la....

Ni katil Ombin.

Untuk pengetahuan uols, Keretapi kat sini ada bebarapa kelas. 1 gerabak lebih kurang 20 - 25 bilik. ( ikut gerabak la besar macam mana ) Dan setiap bilik pula ada 6 katil. Tengok macam dalam gambar kat atas ni. Katil bawah paling mahal. Katil kat tengah tu harga kurang sikit dan katil yang paling atas sekali lagi la murah. Tapi Ombin booking kat bahagian bawah ni sebab malas nak naik atas. Lagi pun sempit sikit bagi manusia berbadan GEMOK.... Huhuhu... So kat bawah tak ya turun naik.

Ni la ruang yang ada. Kat tepi sekali ada ruangan, so boleh la korang jalan2 dalam gerabak ni. Turut disediakan tempat duduk untuk bersantai la gitu sambil menikmati keindahan alam semula jadi di negara China sepanjang perjalanan.

Jurujual dia akan sentiasa bergerak dari semasa ke semasa time anda dalam keretapi. Macam2 makanan yang dia jual. Buah - buahan pun ada. ( ramai peniaga dia ok, sebab keretapi dia panjang) Tapi lebih baik beli kat luar coz biasalah mana2 pun akan lebih mahal.

Selamat datang ke Beijing. Ni la sebahagian gambar2 yang sempat Ombin rakam time tiba di Beijing Railway Station. Macam biasalah sesak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...