.

.

Friday, 26 April 2013

Senja di Chongqing, China

Salam lagi...
1st time tiba di kota Chongqing, China. Sebelum ni tak pernah dengar pun nama Chongqing. Kat atas ni plan metro kat kota Chongqing.

Kami tiba di Chongqing dah lewat petang sekitar 5 pm macam tu. So selepas check in dan rehat2 kejap Ombin tak lepaskan peluang untuk rakam2 gambar sekitar hostel yang kami duduk.

Kat atas ni gambar pembinaan jambatan baru. Masih belum beroprasi. Mungkin sekitar 80% siap. Hostel yang kami duduk betul2 bawah jambatan ni.

Bahagian sebelah kanan Ombin kelihatan menara berkambar kat kota Chongqing ni. Nampak tinggi juga tapi tak la setinggi menara berkembar kat Malaysia.  Lupa pula. Sungai ni nama dia Yangzi River.

Cuaca kat sini sejuk juga. Tapi, masih tak boleh kalahkan lemak2 dekat badan Ombin. Sebab tu aku tak pakai baju tebal.  Untungkan kalau badan berlemak melancong ke negara2 yang ada 4 musim terutama pada musim sejuk dan musim bunga...

Yang ni pula dataran Chongqing, Teringat aku pada Tasik Layang - Layang dekat Pasir Gudang. Tiap hari sabtu dan ahad ada senamrobik. Na sama la kat dataran ni. Makcik2 cina siap bersenam. Macam2 lagu dorang menari. Yang bestnya siap dorang menari diiringi lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Psy. Patut la susah nak nampak wanita2 dia berbadan gemok tak macam kat Hammmmm.... Huhuhu

Ni sebahagian bangunan2 dekat Chongqing.

Selamat daang ke dataran Chongqing.

Sebelum datang kat Chongqing ni, Ombin ingakan bandar dia sama macam bandar Batu Pahat, Kota Tinggi dan lain2 bandar kecil di negara kita. La... rupanya. Bandar Chongqing ni satu bandar besar dengan bangunan tinggi yang rapat2. Dah menyamai Kuala Lumpur.

Menurut buku travel milik rakan sebilik Ombin seorang pelancong warga Germany mengatakan bahawa kota Chongqing merupakan satu kota Megalopolis. So kita dapat bayangkan bagaimana keadaannya.


Kapal2 kat atas air ni berfungsi sebagai restoran dan kelab2 hiburan.



Banyak barang2 cenderahati dijual.


Beli nenas. 1 ni 2yuan.



Kota Megalopolis Chongqing dipenuhi cahaya lampu2 yang berwarna warni. Cantik sangat2.



Sempai ke malam Ombin rakam2 gambar. Nasib baik hostel yang kami duduk dekat je dengan dataran ni. Lebih kurang 400 meter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...