.

.

Monday 29 April 2013

Jom Mendaki Tembok Besar China

Salam semuanya...
Bangun awal pagi lebih kurang jam 6am. Lepas bersiap Ombin keluar dari hostel sekitar 9am sebab Ombin nak pergi Tembok Besar China.

Hostel Ombin dekat Beijing terletak area Hepingmmen Station. Dari station ni kita kena turun dekat Xizhimen Station. So dekat Xizhimen station pula kita kena Exit dekat Beijing North Railway Satation.

Ni la bangunan Beijing North Railway Station.

Yang ni pula tiket yang kita kena beli untuk ke Badaling Station. Naik keretapi ok... Harga tiket 6 Yuan setiap seorang. Tanya je orang2 kat situ. Harap2 la ada yang reti berbahasa inggeris.

Peringatan: Setelah kita melepasi pemeriksaan tiket untuk masuk keretapi. ( Balai pelepasan tu agak jauh sikit dari keretapi ok ) Kalau boleh korang berlarilah sekuat mana sebab keretapi yang nak pergi ke Badaling Station ni akan penuh. Tempat duduk adalah bebas. Lepas tu lebih kurang 2 jam ambil masa perjalanan untuk ke Badaling station.( Tembok Besar China ni terletak dekat Badaling Station )

Pengalaman Ombin terpaksa berdiri sepanjang perjalanan ke Badaling. So lari laju sikit supaya korang dapat tempat duduk.

Selamat datang ke Great Wall, China.

Kena jalan kaki 800 meter ke pintu masuk Tembok Besar.

Ni la tiket dia. Harga 1 tiket 45 Yuan.

Korang ikut arah north side untuk mendaki tembok sampai ke manara 8.

Hebat sangat2 wall ni.

Tak ya cerita tentang sejarah Great Wall ni ok sebab mesti korang semua dah tahu.

Memang letih mendaki tembok ni. Matahari memancar terang, tapi suhu sekeliling tetap sejuk.

Yang ni pula menara ke 5. Macam dah tak larat dah nak daki. Tapi Ombin tetap teruskan juga pendakian.

Tengok tu... tinggi sangat. Sian makcik2 ni.

Cantik suasana dia.

Hello uols... Sekarang ni Ombin dah berjaya daki menara yang ke 8. Tu dia menara ke 8. Orang ramai tak lepaskan peluang bergambar depan menara ke 8 ni. Katanya kat menara ke 8 ni terdapat kata - kata keramat Pengasas Komunis China iaitu Mao Zedong. Tak tau la sebab dekat wall menara ke 8 tu hanya terdapat tulisan cina. So Ombin tak faham.

Walaupun sejuk, ambil gambar juga buka baju tebal.
READ MORE- Jom Mendaki Tembok Besar China

Bergambar Depan CCTV Headquarters di Beijing, China

Gambar kenangan Ombin depan  bangunan CCTV Headquarters di Beijing, China atau nama penuhnya China Central Television Headquarters. Sebelum ni tengok kat web je ataupun kat media. Unik sangat2 bangunan ni. Ketinggian dia 234m dan mempunyai 44 tingkat ini siap ataupun dibuka sepenuhnya pada 1/1/2008.

Ok uols... kat sini Ombin nak getau bagaimana cara nak datang tengok CCTV Tower ni. Hostel Ombin dekat Beijing ni dekat area Hepingmen Station.

So ceritanya macam ni.
Ombin dari Hepingmen Station. Kemudian turun dekat Jiomen West Station. Dekat Jiomen station tu kita kena tukar ke line 10. Dari situ kita kena turun dekat Jintaixizhao Station. Bangunan ni dekat area Jintaixizhao Station. Last sekali kita kena keluar ikut Exit C. Sebaik je keluar kita akan nampak menara cctv ni.

Siap ada aliran anak panah ok...
Hepingmen Station - Jiomen West Station ( kita kena tukar ke line 10 ) - Jintaixizhao Station ( keluar exit C )

Sebelum meninggalkan Beijing, Ombin tak lepaskan peluang untuk datang ke sini sambil rakam2 gambar sebagai kenangan.
READ MORE- Bergambar Depan CCTV Headquarters di Beijing, China

Restoran Halal di Xi'an (1)

Lebih kurang jam 10am kami keluar serapan. 10am masih dikira sarapan ke? Apa2 la ok. Kebetulan hostel yang Ombin duduk dekat Xi'an ni ada 2 restoran halal berdekatan. So tanpa berfikir panjang, lagi pun dah malas nak jalan kaki ke Muslim Quater.

Yang tak bestnya dekat restoran ni tak de mee tarik. Tak banyak pilihan. Jadi aku pun pesan la makanan ni.

OMG... rasanya entah apa - apa. Nak kata sup pun bukan coz kuah dia jenis pekat & kering tak seperti yang dalam gambar dekat buku menu dia.

1st time tu nak juga cakap kat tuan punya kedai ni ( Tak puas hati la kononnya ) tapi mengenangkan dorang ni pun tak reti BI so terima je la. Siap ada bawang uols. Agaknya dorang ni makan bawang macam ni je kot.

Macam nak nangis time tu. Kawan2 Ombin tak makan. Ada juga la suap 2 - 3 kali macam tu. Katanya memang nasib malang masuk restoran ni. Hahahha... Tapi Ombin berjaya tau habiskan makanan ni walaupun rasa dia antah apa - apa.

Lepas tu yang tak logiknya harga 1 pinggan ni 17Yuan. Memang malang la. Inilah cabaran pelancong2 seperti we all....
READ MORE- Restoran Halal di Xi'an (1)

Naik Keretapi dari Xi'an ke Beijing

Bertemu kambali...
Selamat tinggal Xi'an katanya. Seterusnya Ombin bergerak ke Beijing pula. Kat atas ni tiket keretapi dia. Tambang 288.50 Yuan.

Antara suasana dekat platform 6 di railway terminal Xi.an

1 bilik menunggu je dah terlalu luas. Tak pernah nampak kat Malaysia macam ni.

Tengok tu, lebih kurang 2 jam sebelum keretapi bergerak dah terlalu sesak dekat platform 6. Siap bawa bendera merah.

Dah selesai bersesak dakat platform 6. Sekarang Ombin dah berada dalam keretapi. 2 pasangan warga cina ni tak faham bahasa inggeris. So Ombin buat bodoh je. Kebetulan dorang ni booking katil yang sama bersebelahan dengan Ombin. 1st tu ada juga cubaan nak bersembang dengan dorang ni tapi melihatkan tak de respon aku buat dok je. Malas nak signal semua ni la....

Ni katil Ombin.

Untuk pengetahuan uols, Keretapi kat sini ada bebarapa kelas. 1 gerabak lebih kurang 20 - 25 bilik. ( ikut gerabak la besar macam mana ) Dan setiap bilik pula ada 6 katil. Tengok macam dalam gambar kat atas ni. Katil bawah paling mahal. Katil kat tengah tu harga kurang sikit dan katil yang paling atas sekali lagi la murah. Tapi Ombin booking kat bahagian bawah ni sebab malas nak naik atas. Lagi pun sempit sikit bagi manusia berbadan GEMOK.... Huhuhu... So kat bawah tak ya turun naik.

Ni la ruang yang ada. Kat tepi sekali ada ruangan, so boleh la korang jalan2 dalam gerabak ni. Turut disediakan tempat duduk untuk bersantai la gitu sambil menikmati keindahan alam semula jadi di negara China sepanjang perjalanan.

Jurujual dia akan sentiasa bergerak dari semasa ke semasa time anda dalam keretapi. Macam2 makanan yang dia jual. Buah - buahan pun ada. ( ramai peniaga dia ok, sebab keretapi dia panjang) Tapi lebih baik beli kat luar coz biasalah mana2 pun akan lebih mahal.

Selamat datang ke Beijing. Ni la sebahagian gambar2 yang sempat Ombin rakam time tiba di Beijing Railway Station. Macam biasalah sesak...
READ MORE- Naik Keretapi dari Xi'an ke Beijing

Sunday 28 April 2013

Si Merak Yang Gila Glamor

Selamat datang ke Chengdu China.



Kat taman ni burung2 dia dibiarkan bergerak bebas. So sangat2 teruja coz boleh tengok burung macam ni seperti kat luar juga.


Burung ni manjadi tarikan kat sini. Kebetulan time Ombin berkunjung ke sini. Dia buat hal macam ni. So ada peluang bergambar dengan si raja burung ni.
READ MORE- Si Merak Yang Gila Glamor

Friday 26 April 2013

Jom Jalan2 di Muslim Quater dekat Xi'an, China

Hello...
Kali ni Ombin saja je masukkan gambar2 yang Ombin rakam time jalan2 dekat Muslim Quater dekat bandar Xi'an. Semua gambar2 ni sekitar lorong dia.




Katak  ni diperbuat daripada kayu. Tak tau la pula kayu jenis mana. Katak ni akan berbunyi sama macam katak yang sebenar bila kita gerakkan kayu tu. ( macam yang Ombin buat tu )




Macam2 yang dijual kat kawasan ni.






Yang di cucuk2 tu dorang panggil kat sini Ramen. Ingatkan mee rupanya dia macam bebola ikan. Cuma benda ala ni tak de campuran ikan. Agaknya tepung je. Tapi sedap uols sebab dia letak macam2 rempah. Memang sedap. Harga 1 cucuk tu 3yuan.

Ni roti dorang. Di permukaan dia ditabur bijan banyak2. Harga 1 keping roti ni 10yuan. Biasanya roti ni dorang makan bersama satay kambing dan lain2 lagi.

Ha yang ni pula satay Kambing, daging lembu dan bahagian hujung kepak ayam. Harga satay kambing 5yuan setiap satu cucuk. Sorry tak tahu rasanya sebab Ombin manusia yang tak makan daging kambing. Tapi menurut kawan2 Ombin rasanya memang best. Dagingnya lembut dan betul2 sebati dengan rempah.

Minuman ni harga dia 5yuan setiap 1. Dalam air ni diletak sebiji kurma dan 2 jenis lagi campuran kat dalam. Cuma tak tahu pula apa nama dia. Rasanya tawar je. Tak manis. Mungkin dia masukkan 2 atau 3 biji gula je.  Hahahah... Mungkin juga minuman kesihatan bagi warga cina kat sini.




Abang2 cina muslim

Selamat berkunjung ke Xi'an. Kota lama yang wujud ditengah2 kemodenan kini.
READ MORE- Jom Jalan2 di Muslim Quater dekat Xi'an, China

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...