.

.

Thursday, 27 December 2012

Landasan Keratapi Terpanjang di Dunia Mula Beroperasi.

Landasan kereta api laju terpanjang di dunia yang dibina di China mula beroperasi semalam, sekali gus menjadi pencapaian terbaharu sistem rel di negara berkenaan.
Laluan sejauh 2,298 kilometer (km) itu menghubungkan bandar raya ini dan kota metropolitan Guangzhou di selatan China.

Landasan itu membolehkan perjalanan antara kedua-dua kota metropolitan berkenaan dipendekkan kepada hanya lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.
Media tempatan, Televisyen Pusat China, menyiarkan perjalanan kereta api laju pertama dari Stesen Kereta Api Beijing Barat di sini pada pukul 9 pagi semalam.

Tren tersebut bergerak pada purata kelajuan 300 kilometer sejam dan akan berhenti di 35 bandar utama di sepanjang laluan itu termasuk Zhengzhou, Wuhan dan Changsha.
Siap pada 2007, rangkaian landasan kereta api laju China kini berkembang sebagai yang terbesar di dunia.
Agensi berita Xinhua melaporkan China kini mengendalikan laluan kereta api laju sejauh 9,300 km.

# Mag ngam tuud bang aku maka kadtu pa China sin march 2013 ini. So way na pag sakat  plane daing ha Beijing harap pa Guangzhou. Jimat pa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...