.

.

Saturday, 9 March 2013

Benget Situmorang Cincang Isterinya Sebab Bermain Kayu Tiga

Seorang lelaki, Benget Situmorang, ( foto ) 37, mengakui dia tidak menyesal mencincang mayat isterinya Darna Sri Astuti, 32, yang disyakinya bermain kayu tiga.

“Suspek tidak menyesal membunuh dan mencincang tubuh isterinya. Dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana sakit hati dengan tingkah laku mangsa,” kata penguamnya, Djarod Widodo di balai polis Jakarta Timur semalam.

Suspek memberitahu dia tidak dapat menerima hakikat isterinya itu menafikan berlaku curang. Djarot juga membantah anak guamnya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita bernama Tini yang membantu lelaki itu membuang bahagian tubuh mangsa dari dalam van.
“Yang berlaku curang ialah mangsa, bukan anak guam saya,” katanya.

Anggota tubuh mangsa ditemui di tol Cikampek pada awal pagi Selasa lalu. Mangsa dipercayai dibunuh dan tubuhnya dicincang pada Ahad lalu.
Sumbar

# Karagun amuna mara ra in pag baes. Bunnal da aku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...