Hello semua... Dah tak lama lagi Ombin nak ke China. Dah potong rambut semua ni la. Cermin mata dah buat 2 pasang. So senang sikit bergerak. B4 ni Ombin pernah try nak pakai contact lens tapi tak berjaya. Sampaikan lens tu expired. Sejak dari tu Ombin ambil keputusan nak guna cermin mata je. Lagipun senang nak pakai. Hidung aku kembang? Tak kesah la uols. Yang penting selesa bergerak.
Sekarang ni Ombin dah check in dekat Alpha Genesis Hotel dekat area Bukit Bintang, Kuala Lumpur ni. Nampak selesa la tido gue malam ni. Semalam bertolak lepas dengar ceramah lebih kurang 1am. Banyak kali singgah tido dekat R&R. Last sekali Tido dekat R&R Seremban, Negeri Sembilan.
Nampak tak Menara Kuala Lumpur tu? Ha... bilik yang Ombin duduk ni dekat tingkat 7. Dan yang paling bestnya siap menghadap Menara KL. So seronok la dapat tengok2 sekitar area sini pada waktu malam.
K la uols... Ombin nak tido dulu. Letih sangat2 ni. Esok hari isnin baru nak pegi ambil visa yang Ombin dah mohon minggu lepas.